Soalan: Macam mana nak mekap cantik?
Jawapan: Cara penjagaan wajah dan membersihkan mekap.
Setuju atau tidak, begitulah hakikat yang sebenar untuk mendapatkan hasil mekap yang cantik ialah dari penjagaan wajah yang rapi. Kulit yang sihat, bersih dan berseri mampu menaikkan seri wajah dua kali ganda dengan mekap.
Sebab itulah pentingnya cara menanggalkan mekap supaya ia terhindar sebarang kotoran yang tertinggal dan kerosakan pada kulit. Ia juga memerlukan teknik tersendiri bagi mengelakkan iritasi atau sebarang masalah mata terutamanya apabil menanggalkan maskara dan celak mata
Dari majalah Allure, Wanista kongsikan kepada anda teknik membuang mekap yang paling tepat dan secara professional.
#1 Pilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit dan boleh menanggalkan sisa bedak asas, contouring dan pemerah pipi. Cuci pada keseluruhan wajah, jangan lupa dibahagian tepi hidung, garis rambut, telinga dan bawah dagu. Lap muka menggunakan tuala bersih dan lihat jika terdapat ada sebarang kotoran yang masih lagi tertinggal. Untuk hasil yang lebih berkesan, sebelum anda mencuci muka pastikan mekap telah dibuang dengan makeup remover wipes.
#2 Lakukan dengan lembut supaya ia tidak menjejaskan kestabilan kulit. Proses menanggalkan mekap boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Jadi buat anda yang mempunyai kulit sensitif terhadap produk seperti micellar water atau pencuci muka biasa mungkin boleh bertukar kepada jenis minyak/oil cleansing. Ia lebih ringan, melembabkan kulit dan boleh menarik kotoran mekap tanpa kasar.
#3 Sebelum mencuci muka ada juga boleh steam muka anda dengan wap air panas seperti di spa! Teknik ini untuk membuka pori-pori supaya memudahkan proses membersih.
#4 Hati-hati pada bahagian mata terutamanya untuk menaggalkan pembayang mata, bekas maskara dan celak. Guna kapas muka jenis pad berbanding kapas bebola kerana ia boleh meninggalkan fiber halus pada kawasan mata. Basahkan kapas dengan makeup remover, pejam mata dan biar kapas disekitar kelopak dan bulu mata selama 10 saat. Kemudian tarik perlahan-lahan kapas untuk menanggalkan kesan mekap mata.
#5 Selesai langkah menanggalkan mekap, anda belum siap lagi! Double check supaya produk makeup-remover pula yang tidak tertinggal. Gunakan kapas muka yang kering dan sapukan sekitar wajah.
#6 Jika anda pakai gincu atau lip gloss warna yang sangat pigmen, pasti susah untuk menanggalkannya. Kadang kala ia boleh buat bibir luka dan menggelupas. Pilih makeup remover formulasi dari minyak untuk kesan tanggal lebih mudah.
#7 Baby wipes tidak cukup! Penggunaan baby wipes untuk menanggalkan mekap tidak sama seperti produk lain. Ia tidak mempunyai bahan yang sesuai untuk membuang mekap.
Mencuci muka pada waktu malam atau sebelum tidur amat penting supaya sihat dan segar pada keesokan paginya. Amalkan rutin penjagaan wajah yang teratur untuk kulit bersih dan hasil mekap yang cantik.