Jika anda adalah seorang yang fobia dengan seranggan yang memiliki banyak kaki seperti labah-labah, anda mungkin tidak akan suka dengan penemuan baharu saintis ini.
Heboh baru-baru ini apabila pengkaji telah menemui ketulan batu ambar yang di dalamnya mengandungi spesis serangga labah-labah yang pelik kerana mempunyai ekor panjang mirip kala jengking.
Tidak seperti spesis labah-labah yang kita lihat kini, ia adalah spesimen jenis arachnid dipanggil “Chimerarachne yingi” yang hidup semasa zaman purba dahulu kala sekitar era Cretaceous di mana, habitatnya boleh ditemui di hutan hujan tropika sejak 100 juta tahun lalu semasa zaman dinosaur.
Namun begitu, labah-labah yang memiliki separuh badannya seperti kala jengking ini tetap menghasilkan benang jaring sutera seperti labah-labah lain dan jelas saintis, ekornya yang panjang itu mungkin turut digunakan untuk mengesan mangsa dan pemangsanya.
Spesimen labah-labah unik itu adalah sepanjang 7.5mm dan ditemui di Myanmar.
SUMBER -Reuters