Hokkaido Baked Cheese Tart memperkenalkan perisa terbaru dalam tart keju mereka iaitu Strawberry Baked Cheese Tart. Ia bersempena sambutan Hari Kekasih dan juga Tahun Baru Cina.
Rasa buah strawberi dan keju diadun sebati sehingga menjadi krim lembut. Setiap gigitan anda akan dapat merasa lelehan krim keju strawberi yang diisi penuh dalam pastri. Taburan gula aising menambahkan lagi kemanisan dan kombinasi hebat masam manis strawberi.
https://www.instagram.com/p/Bez1KTAHQ2M/?taken-by=wanistadotcom
Strawberry Baked Cheese Tart dijual pada harga RM6.60/satu dan pelanggan yang membeli 5 tart bakal menerima percuma 1 tart.
Perisa baharu Hokkaido Baked Cheese Tart ini mula dijual pada 29 Januari 2018. Ia perisa pilihan yang sesuai dijadikan hadiah kepada keluarga, sahabat dan yang tersayang!