Memang sukar untuk membuat pilihan yang sihat untuk makan malam dan hidangan rumah terbuka semasa Tahun Baru tetapi Quaker Oats, jenama Oat Nombor 1 Dunia menjadikannya lebih mudah dengan kempen ‘Share the Oats, Share the Ong’.
Dengan warisan selama 140 tahun, Quaker Oats terus membawa kebaikan bijiran penuh kepada rakyat Malaysia, menggunakan idea inovatif yang ringkas dan selaras dengan budaya Malaysia.
Wanista kongsikan dengan anda 1 resepi mudah menggunakan Quaker Oats iaitu Ikan Oat Goreng Dengan Sos Lemon.
Bahan-Bahan:
- 5 sudu besar Quaker Instant Oatmeal
- 4 sudu besar tepung gandum
- 300g filet ikan, dibasuh dan dipotong menjadi kepingan kecil
- 2 putih telur, dipukul sehingga gebu
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh lada putih
- 1 sudu besar minyak masak
Sos Lemon: - 5 sudu besar jus lemon
- 12 sudu besar air
- 2 sudu teh gula
- 2 sudu teh tepung jagung
- 1 sudu teh kulit lemon yang dihiris nipis
Cara Penyediaan:
- Campurkan oat, tepung gandum, garam dan serbuk lada putih.
- Masukkkan ikan dalam telur terlebih dahulu dan kemudian dalam campuran oat.
- Goreng kepingan bersalut oat dalam kuali sehingga keperangan.
- Hidangkan kepingan ikan dengan sos lemon
Sos Lemon: - Rebus jus lemon, air dan gula. Masukkan tepung jagung dan kacau sehingga pekat.
- Tambah kulit lemon dan masak selama 1 minit.
- Hidangkan dalam mangkuk kecil.
Kempen ‘Share the Oats, Share the Ong’ berlangsung sehingga 28 Februari 2018 dimana pelanggan boleh membeli Pek Hadiah Tahun Baru Cina (1kg Oats Segera/QuickCook Oats, pek 600g for Rice dan balang kaca) yang berharga RM19.98 dari pasaraya terpilih (seperti AEON, AEON BIG, Giant, The Store dan Econsave) di seluruh negara.
Untuk pelbagai lagi resepi dari Quaker Oats layari www.quaker.com.my