Kalau dah maknya pun berhias meriah pasti si anak pun turut serta!
Begitulah anak perempuan sulung milik pasangan berpengaruh dunia Beyonce dan Jay-Z ini, Blue Ivy Carter.
Baru sahaja berusia 6 tahun, Blue sudah pandai mengenakan pakaian dari jenama mewah. Bukan itu sahaja, setiap pakaian pasti mempunyai perincian yang buat kita ternganga. Tidak kiralah apa sahaja segi warna, corak, rekaan atau fabrik Blue boleh membawa persalinan itu dengan baik. Betul lah orang kata ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi….
#1 Blue juga tidak mahu kalah dalam dramatik! Si cilik ini memakai gaun berharga RM42,500 dari Mischka Aoki. Bagi melengkapkan penampilan ke VMA, Blue menyarung kasut dan memakai tiara dari jenama mewah Giuseppe Zanotti Junior. Fuh!
#2 Blaus merah jambu beropol dipadankan dengan skirt Gucci berharga RM1,718. Okay, penulis nak pengsan.
#3 Memang anak-beranak Gucci! Mereka berdua sedondon dalam busana RM2557 ketika percutian di Paris.
#4 Mengayakan sepersalinan sut dari Gucci dan lihatlah Blue membawa beg tangan yang juga dari Gucci bernilai RM7800!
#5 Ringkas dan elegan, Blue mengenakan Bleu Comme Gris Audrey (RM254) sewaktu lepak bersama anak-anak Gwyneth Paltrow dan Chris Martin.
#6 Jaket denim bersulam dari Gucci yang dipakai Blue adalah custom made! Cuba lihat beg tangan ditangannya, ya, RM2000.
#7 Jaket outwear milik Blue Ivy direka khas oleh pelukis, Ben Copperwheat. Harga? Tidak tertulis, ia berkemungkinan hanya untuk Blue.
#8 Jangan terkejut, dress comel yang dipakai Blue ini hanya RM40! Dress ini sold out sekelip mata dipasaraya Target.
#9 Gucci dress dan sneakers Converse untuk malam tayangan perdana Beauty and the Beast. Over? Tak lah..
#10 Blue membawa aksesori paling stylish iaitu Rockstud Carry Secrets Leather Clutch dari jenama Valentino yang berharga RM10,444 di Grammy 2018.
Penampilan tiga beranak ini bukan sahaja mendapat perhatian media di Grammy 2018, malah sikap Blue yang selamba menegur kedua ibu bapanya untuk berhenti tepuk tangan juga jadi trending di Twitter.