AVITA, jenama teknologi gaya hidup terkini dari Amerika Syarikat kini dilancarkan di Malaysia.
AVITA yang sedang meluaskan capaian serantaunya dalam jenama peralatan gaya hidup kini memasuki pasaran Malaysia buat pertama kalinya dengan memperkenalkan AVITA LIBER, sebuah rangkaian komputer riba bergaya yang menggabungkan prestasi dengan fesyen.
Kelebihan:
- Komputer riba ini ringan (dari 1.37kg) dan memaparkan bingkai anggun berukuran 5mm di kawasan yang paling nipis.
- AVITA LIBER didatangkan dengan dua saiz paparan iaitu 13.3” dan 14” dengan resolusi FHD (1920×1080).
- Hayat baterinya boleh bertahan sehingga 10 jam untuk memenuhi keperluan harian.
- AVITA LIBER juga dilengkapi dengan port USB-C pelbagai fungsi yang menyokong pengecasan segera, pemindahan data dan ketersambungan paparan.
- Dua port USB 3.0 juga disediakan untuk menghubungkan peranti dan aksesori berbeza untuk menjadikan ia lebih serba guna.
- Pengguna boleh mengharapkan keupayaan dalam talian yang paling pantas dengan Bluetooth 4.0 dan 802.11ac Wi-Fi.
AVITA LIBER juga menawarkan warna-warna berani dan ceria seperti AVITA Purple, Urban Ruby, Angel Blue dan banyak lagi. Setiap warna membolehkan pengguna menyerlahkan personaliti diri mereka yang unik sambil mengikuti trend semasa.
AVITA LIBER dijual pada harga bermula RM1,799 hingga RM4,399.