Selepas si comel Kim Soo Jung diumumkan wajah baru untuk Laneige. Hari ini, Laneige memilih aktor Park Seo Joon sebagai wajah baru untuk Laneige Homme, tertumpu kepada rangkaian produk untuk lelaki.
Populariti Seo Joon meningkat melalui penampilan aktif dalam pelbagai bidang seperti drama, filem dan rancangan televisyen. Baru-baru ini sahaja, beliau telah mendapat perhatian selepas muncul dalam rancangan televisyen popular, TVN ‘Yoon’s Kitchen 2’.
“Imej Park Seo Joon yang ceria dan sihat sangat sesuai dengan imej jenama,” jelas Claire Jin, Naib Presiden Laneige LANEIGE.
Seo Joon turut mengulas, “Saya sangat teruja menjadi wajah baru Laneige, sebuah jenama yang mewakili Korea di seluruh dunia. Saya akan berusaha dan bekerjasama dengan Laneige sepenuhnya dalam pelbagai cara.
Rangkaian Laneige Homme Blue Energy Essence yang menampilkan Seo Joon sebagai model sudah berada di pasaran sejak 1 Februari lalu.
Tahniah Wanista ucapkan!