Sikap perli memerli sudah jadi terbiasa dalam kehidupan kita semua. Penyataan yang berbaur perli biasanya salah satu cara untuk menegur sikap seseorang. Namun ialah bukanlah cara yang terbaik dan tidak sama seperti nasihat.
Ayat perli kadangkala boleh disalah tafsir dan penyebab ada sesetengah individu merasakan dirinya mangsa buli. Hati-hati hamburan perli kasar yang kita lontarkan tanpa sedar menguris hati insan lain.
Buat anda yang sering menerima kata-kata perli dari rakan tak sebulu atau teman pejabat yang tidak sudah-sudah mahu mencari salah anda. Wanista ada caranya untuk anda kawal keadaan yang boleh melahirkan rasa tertekan.
#1 Perli atau gurau
Kadang-kadang ada sesetengah individu gemar bergurau menggunakan ayat perli. Stop! Sebelum anda beri reaksi kenali dahulu perbezaan ayat perli tersebut. Iyalah ada orang hanya cuba untuk bergurau, cuba nilaikan ayat gurauan atau perli mereka.
#2 ‘Okay’
Cara paling selamat dan mudah ialah dengan membalas ‘Okay’. Rasanya tak perlu untuk anda mempertikaikan kata-kata mereka. Cukuplah dengan pura-pura bersetuju supaya tidak memanjangkan isu. Lagipun itu yang mereka mahu bukan?
#3 Buat tak faham
Bukan berniat keji tapi bila sedang elok anda kena perli apa kata anda balas semula dengan pura-pura tak faham. Contoh, ‘Wah, cantiknya awak lukis memang ada bakat’, anda balas ‘Oh yeke, terima kasih..malu pula bila cakap macam tu’. Senang cerita buat innocent jelah.
#4 Berterus-terang
Respon yang paling baik ialah dengan berterus-terang lebih lagi kalau individu tersebut kuat memerli. Luahkan sahaja pada dia tentang kata-kata perli itu langsung tidak kelakar atau menyakitkan hati anda. Pilih masa yang sesuai, kalau boleh berbincang ketika kedua-dua dalam keadaan bertenang.
#5 Kunci mulut
Tak payah lah anda nak membuka gelanggang aksi perli-memerli. Langkah paling matang dalam berhadapan dengan orang yang suka memerli ini dengan berdiam diri. Tarik nafas panjang dan endahkan sahaja dari situasi tersebut.
Paling penting kentalkan hati anda!