Bagaimana agaknya percintaan gadis remaja lebih kurang 17 tahun masih di bangku sekolah bersama dengan lelaki yang layaknya digelar ‘bapa’?
Filem Jepun yang akan datang ini mencipta kontroversi kerana plot yang diketengahkan ialah percintaan antara gadis sekolah dengan lelaki matang. After The Rain adalah filem mengenai seorang gadis berusia 17 tahun, masih bersekolah yang jatuh cinta dengan lelaki berusia 45 tahun.
Filem ini pada asalnya berasal dari komik manga dengan nama yang sama. Sejak dikeluarkan pada 2016, manga tersebut menerima kritikan positif bahkan memenangi pelbagai anugerah di Jepun.
Gadis berusia 17 tahun itu akan dimainkan oleh Nana Komatsu, seorang pelakon Jepun yang juga dikenali sebagai salah seorang bekas teman wanita G-Dragon.
Manakala untuk lelaki berusia 45 tahun akan dilakonkan oleh pelakon veteran Jepun, Yo Oizumi, yang sangat popular untuk peranannya dalam Spirited Away, Howl’s Moving Castle dan Kakekomi.
Melihatkan pada trailer, yang pasti Yo Oizumi tidak kelihatan ‘tua’ kerana fizikalnya masih lagi segak bahkan awet muda tapi yang pasti plot filem ini sangat menarik dan sesuai dengan realiti hari ini.
Okay penulis tak sabar nak tonton May 2018 nanti…