Februari ini, Nespresso membawa pencinta kopi dalam pengembaraan mendekati asal usul kopi menerusi dua kopi Edisi Terhad baharu Arabica Ethiopia Harrar dan Robusta Uganda.
Kapsul-kapsul baharu ini mendapat inspirasi daripada kisah mempesonakan asal usul kopi, memaparkan kopi dari Ethiopia yang merupakan tempat kelahiran jenis Arabica dan Uganda salah satu daripada tempat asal jenis Robusta.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati kedua-dua kopi enak ini. Bagi penggemar Lungo, Arabica Ethiopia Harrar boleh dinikmati sebagai Espresso dan Lungo:
Arabica Ethiopia Harrar – Espresso lazat dengan rasa buah-buahan ranum dan bungaan segar yang memberi kehalusan yang tersendiri. 100% Arabica dari Harrar, daerah asal yang mengkomersilkan dan mengeksport kopi secara global.
Robusta Uganda – Rasa manis dan memiliki ciri-ciri kakao yang kuat. 100% Robusta.
Arabica Ethiopoa Harrar dan Robusta Uganda boleh didapati untuk waktu terhad daripada Nespresso seluruh dunia, serta Pusat Khidmat Pelanggan Nespresso dan secara online di www.nespresso.com mulai 5 Februari 2018.