Bermula hari ini, 9 hingga 25 Februari 2018 akan berlangsung kejohanan sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan yang bakal menyaksikan penyertaan daripada 92 buah negara termasuk Malaysia, menampilkan dua atlet untuk menyertai sukan ais termasuklah Jeffery Webb untuk acara Ski Alpine dan Julian Zhi Jie Yee untuk acara Luncur Ais Berirama.
Namun semalam, sesuatu yang mengejutkan ramai telah berlaku apabila musuh ketat Korea Selatan iaitu Korea Utara telah menghantar masuk kumpulan sorak negaranya ke Korea Selatan -membabitkan lebih 229 orang wanita cantik!
Tonton Video Ketibaan “Army of Beauties” Di Korea Selatan Untuk Olimpik Musim Sejuk 2018
Siapa sangka negara yang digeruni tatkala pemimpinnya, Kim Jong-un digelar sebagai pemimpin paling kejam di dunia itu mempunyai sebuah kumpulan sorak yang disertai ramai wanita berusia 20-an yang rata-ratanya memiliki penampilan seperti pramugari sehingga digelar “Army of Beauties” (Tentera Kecantikan).
Today's Photo: February 8, 2018 [2] (2018/02/08): North Korean cheerleaders walk to their hotel after lunch in Inje, Gangwon Province on Wednesday. https://t.co/CJJpVhiJJA pic.twitter.com/Y5AKuPbD9s
— Rise Kuwabara (@RiseKuwabara) February 8, 2018
Wanita-wanita itu khabarnya telah melintasi Zon Demilari (zon bebas tentera) untuk masuk ke negara Korea Selatan semalam bagi berkhidmat sebagai skuad sorak dan pancaragam untuk kedua-dua buah negara Korea sepanjang berlangsungnya Olimpik Musim Sejuk 2018 melihatkan Pyeongchang adalah tuan rumah kejohanan itu tahun ini.
Nampaknya buat sementara waktu, isu perselisihan politik antara dua negara itu akan ‘senyap’ sehingga tamat kejohanan nanti.
https://twitter.com/sibomanaxyz999/status/961622291535802369?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.newshub.co.nz%2Fhome%2Fworld%2F2018%2F02%2Fnorth-korean-cheerleading-army-of-beauties-arrives-at-olympics.html
Untuk pengetahuan semua, rupanya bukan mudah untuk menyertai kumpulan sorak “Army of Beauties” ini kerana setiap seorang perlu melalui beberapa fasa ujian sebelum dipilih sendiri oleh Presiden Korea Utara, Kim Jong-un. Mereka bukan sahaja akan dinilai dari segi bakat malah akan dilihat menerusi rupa paras.
Well hellooo. North Korean cheerleaders 😍 pic.twitter.com/NSXEsNi8un
— Hoooops (@HoopsIconic) February 8, 2018
Saat tibanya pasukan sorak itu di lapangan terbang petang semalam, masing-masing mengenakan seragam kot midi rona merah hati yang dipandakan dengan bagasi senada serta topi berbulu hitam.
North #Korean #Olympic cheerleaders #Spark #Fashion #Envy: https://t.co/jkMtlaWqL4, https://t.co/JvZU2wNdge pic.twitter.com/ffz43dDKNy
— World of Fashion (@FashionNewsbit) February 8, 2018
Skuad sorak dan pancaragam “Army of Beauties” membuat kemunculan pertama mereka di khalayak umum pada 2002 sewaktu berlangsungnya kejohanan Sukan Asia di Busan dan seterusnya di Summer Universiade pada 2003 dan Asian Athletics Championships di Incheon sekitar 2005.
Difahamkan, Ri Sol-ju iaitu isteri kepada Kim Jong-un ini juga merupakan salah seorang ahli “Army of Beauties” pada tahun 2005.