Siapa di sini yang lebih senang menghantar emoji berbanding menaip text? Cepat angkat tangan?
Yang pasti dunia memerlukan lebih banyak emoji. sejak emoji menjadi fenomena budaya, syarikat teknologi telah bekerjasama untuk menambah emoji jenis senyuman, haiwan, makanan dan pelbagai lagi supaya kita pengguna lebih gembira dan puas.
Menambah 157 emoji baru daripada 2,666 yang telah kita ada sebelum ini, walaubagaimanapun reka bentuk yang ditunjukkan hanyalah sampel. Apple, Google, Facebook dan lain-lain akan bekerja dengan artis mereka sendiri untuk membuat emoji versi masing-masing.
Untuk “Smiling Face”, terdapat beberapa tambahan seperti “Hot Face”, “Cold Face”, “Partying Face” dan beberapa yang lain. Bagi pilihan “Human” pula diklasifikasi mengikut warna rambut – kering, botak, beruban.
Pada siapa yang suka menggunakan emoji haiwan, terdapat beberapa tambahan baru seperti nyamuk, burung merak, angsa, kangaroo, kuda, burung kakak tua, beruang dan pelbagai lagi. Bagi makanan pula, ada mangga, salad, bagel, cupcake, kek bulan serta lain-lain.
Dilaporkan, emoji akan mula beroperasi mengikut devices masing-masing pada tahun kedua 2018.