Pernahkah anda mengalami saat di mana penglihatan mula kabur akibat terlalu lama melaksanakan kerja di hadapan skrin komputer? Atau rasa sakit di bahagian kepala sehingga tidak mampu fokus terhadap tugasan yang perlu disiapkan? Itu adalah antara tanda-tanda anda stress! Kala situasi begini, tentunya anda membayangkan percutian yang boleh menenangkan fikiran namun masa relax yang diperlukan adalah sekarang!
Jadi apakah caranya? Tak apa, kami tahu dan dedahkan kepada anda…
Tangani tekanan dalam masa 10 minit
Nikmati suasana di dalam atau luar pejabat dengan berjalan kaki. Secara tidak langsung, ia bukan sahaja dapat mengalih tumpuan anda dari tugasan yang berlambak, malah pergerakan di bahagian kaki mampu melancarkan lagi aliran darah dalam tubuh badan. Lebih menakjubkan, ‘senaman sekejap’ ini juga mampu melancarkan pernafasan anda. Walaupun hanya 10 minit, namun hasilnya amat berkesan sekaligus meningkatkan daya ketahananmu untuk bekerja dengan lebih produktif! Work smart, not work hard!
Tangani tekanan dalam masa 5 minit
Ketawa. Bak kata pepatah Inggeris, “laughter is the best medicine” dan ia memang ada benarnya. Luangkan masa selama lima minit dengan membaca atau menonton video yang mampu membuatkan anda ketawa berdekah-dekah sehingga dapat melupakan seketika perkara yang mendatangkan stress! Menurut kajian Pusat Perubatan Universiti Maryland, ketawa mampu mengelakkan penyakit jantung kerana apabila anda ketawa, seluruh tubuh badan akan bertindak balas dengan reaksi positif. Jadi, cuba ketawa sekarang untuk hilangkan stress!
Tangani tekanan dalam masa 2 minit
Hadir ke pejabat dengan kerutan pada dahi adalah perkara yang harus dijauhi. Takut nanti, rakan sepejabat takut untuk menegur anda kerana disangkakan anda sedang bad mood. Anda hanya perlu berhenti melakukan tugas, duduk tegak dan tarik nafas sedalam mungkin antara tiga hingga enam kali. Kemudian, urut di bahagian kening, dahi dan rahang pada muka anda untuk kelegaan yang berpanjangan.
Jom Sama-Sama Cuba Cara Ini!