Setiap kali tiba musim perayaan, mesti kita sekeluarga memikirkan juadah ringan yang ingin disajikan kepada para tetamu. Tak perlu pening kepala kerana Amazin’ Graze meringankan beban anda!
Rangkaian snek berinovasi dari Amazin’ Graze tampil dengan snek yang diadun khas dengan rasa tradisi Tahun Baru Cina! Dilancarkan pada 1 Januari 2018, hidangan snek Oriental yang kaya dengan perisa unik ini mempunyai rasa yang enak dan menginspirasikan gaya hidup sihat.
Berinspirasikan dari hidangan popular Tahun Baru Cina seperti yu sheng, love letters dan haw flakes, rangkaian Amazin’ New Year ini menghidangkan rasa moden dengan keunikan tradisional, menjadikannya snek terbaik untuk dinikmati semasa perjalanan balik ke kampung. Rangkaian ini juga sesuai untuk dihadiahkan atau dihidangkan buat tetamu pada musim perayaan ini. Snek-snek yang baru ini berperisakan Granola Kacang & Limau Mandarin, Granola Kaya & Kuih Kapit, Kekacang Miso Szechuan, Biskut Buah Haw dan Mentega Makadamia & Longan. Kesemua snek dalam rangkaian ini dihasilkan dari 100% bahan-bahan semulajadi, vegetarian dan bebas dari pengawet dan gula yang diproses.
Bagi pelanggan yang ingin memulakan tahun baharu mereka dengan asas kukuh melalui pilihan makanan yang enak dan sihat boleh mendapatkan snek Amazin’ Graze di laman web Amazin’ Graze (www.amazingraze.co/).