Malam semalam menyaksikan pertembungan 12 lagu paling popular di Malaysia di Anugerah Juara Lagu ke-32. Setiap persembahan yang dipentaskan oleh para penyanyi dapat menaikkan bulu roma penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil mahupun yang menonton dikaca televisyen.
Persembahan bersilih ganti dengan akhirnya lagu Jampi milik Hael Husaini dan ciptaan bersama Ezra Kong dinobatkan sebagai juara keseluruhan AJL 32. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM10,000.
Nyanyian lagu Sejati dari vokalis Caliph Busker, Azmi Saat mendapat tempat Naib Juara. Komposer Faizal Tahir dan Mike Chang menerima wang tunai RM35,000, trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM2,000.
Manakala lagu Tergantung Sepi ciptaan Ibnu dan Gouffran nyanyian Haqiem Rusli menyandang tempat ketiga. Hadiah wang tunai RM20,000, baucar CJ Wow Shop bernilai RM2,000 dan trofi menjadi milik mereka.
Dua lagi anugerah Vokal Terbaik dimenangi oleh Syamel dan Ernie Zakri yang membawa lagi Aku Cinta manakala aksi mantap Altimet dengan lagu Amboi menerima sebagai Persembahan Terbaik.
Sepanjang persembahan langsung AJL 32 diadili oleh 10 juri profesion iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Wah Idris, Datuk Ramli Sarip, Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah), Helen Yap, Sharon Paul, Edrie Hashim, Aizat Amdan dan Azmeer sebagai ketua juri.
p/s – agak terkejut juga Dayang Nurfaizah langsung tak menang apa-apa