Siapa di sini suka layan Netflix? Kita geng!
Setiap kali tiba musim perayaan, kita seisi keluarga akan berkumpul, inilah masa nak merapatkan silaturahim yang selama ini agak renggang. Kalau dah berkumpul, mesti ingin cari aktiviti menarik untuk dilakukan bersama. Apa kata kali ini ambil masa untuk bersantai sahaja dirumah dengan menonton pelbagai rancangan menarik di Neftlix.
Namakan sahaja cerita di Netflix, seram, komedi, cinta, dongeng, misteri, perang, semua ada, anda boleh menonton di mana dan pada bila-bila masa sahaja. Menarik, bukan?
Siapa yang suka layan filem bergenre seram dan misteri, Wanista ada beberapa pilihan yang confirm buat anda seriau nak tidur seorang.
#1 1922
Siri original adaptasi dari novel Stephen King ini menceritakan seorang petani pada tahun 1922 yang bertindak membunuh isterinya, sanggup menyuruh anak lelaki bersubahat bersama.
#2 The Open House
Macam-macam perkara pelik berlaku sejak seorang ibu dan anak lelakinya pindah ke rumah baru. Makhluk apa yang menjejaki mereka berdua?
#3 The Invitation
Segalanya bermula apabila seorang lelaki menghadiri majlis makan malam di rumah bekas isterinya. Dia mula percaya bahawa bekas isteri dan suami barunya mempunyai rencana jahat untuk para tetamu.
#4 The Visit
Menghabiskan cuti sekolah di rumah datuk dan nenek merupakan memori terindah tetapi segalanya berubah selepas adik-beradik ini melihat perubahan aneh dan mistik pada datuk dan nenek mereka.
#5 The Stepfather
Seorang lelaki yang sangat mencurigai kebaikan bapa tirinya. Dia mula menjejaki kisah silam lelaki tersebut dan menemui sesuatu yang tidak dijangka.
#6 The Silenced
https://www.youtube.com/watch?v=BEBvTvQZBpI
Seorang gadis dipindahkan ke sekolah berasrama yang penuh misteri, di sana dia terpaksa mencari rahsia sekolah tersebut untuk bertahan.
#7 The Ritual
Permulaan yang langsung tidak dijangka sehingga membuatkan kita terfikir kenapa ada manusia yang begitu pentingkan diri demi menyelamatkan diri.
#8 I Am The Pretty Thing That Lives In The House
Mengisahkan seorang jururawat yang ditugaskan menjaga seorang pesakitnya di sebuah rumah yang dipercayai dihantui benda halus.
#9 Gerald’s Game
Seorang wanita secara tidak sengaja membunuh suaminya ketika sedang berasmara, cuba untuk menyelamatkan dirinya, dia mula mendengar suara dan melihat benda aneh.
#10 Hush
Seorang penulis pekak dan bisu menjalani kehidupan bersendirian dalam hutan, secara tiba-tiba dihantui dengan lelaki bertopeng.
Jangan lupa grab popcorn dan bantal peluk siap-siap. Selamat Menonton!