Cop! Cop! Cop!
Biasanya kita selalu mahu memotong rambut mengikut bentuk muka supaya ia terletak cantik tapi kita lupa bentuk badan juga antara faktor yang perlu diambil kira sebelum memilih gaya potongan.
Kenapa?
Samalah bila anda memilih pakaian dan aksesori pasti kita akan mengikut bentuk badan supaya tampak sempurna. Siapa tidak mahu kelihatan sempurna dari atas hingga ke hujung kaki.
Jadi apa kata sebelum ke salun, cuba pelajari dulu trik pilih gaya rambut ikut bentuk tubuh anda.
Kurus tinggi
Pilih: Sederhana panjang atau paras bahu terbaik untuk anda. Tambahkan alunan berombak supaya lebih tampil feminin. Potongan rambut bertingkat (layers), bangs dan tebal boleh dijadikan idea.
Jangan: Hati-hati jika anda ingin berambut pendek, nasihatnya jangan potong terlalu pendek atau spiky kerana akhirnya anda tampak terlalu boyish!
Langsing dan seksi
Pilih: Badan yang memiliki aset cantik atas bawah ini boleh mengagumkan mata yang memandang dengan rambut berombak lebat. Dapatkan potongan rambut bertingkat paras dada atau bahu untuk tidak terlalu berat.
Jangan: Elakkan dari rambut lurus panjang hingga ke paras pinggang.
Berisi dan montel
Pilih: Potongan sederhana panjang dan disisir tepi gaya terletak elok.
Jangan: Terlalu pendek, rambut leper atau sebaliknya. Stail berambut bulat, kerinting, paras bahu juga tidak sesuai untuk anda.
Kecil molek (petite)
Pilih: Rambut sederhana panjang atau aras bahu dan sedikit volume. Jika anda ingin gaya bob, guna panjang dari dagu sehingga bahu. Rambut berombak lembut sangat sesuai buat anda.
Jangan: Potongan rambut pendek ekstrem buat kepala anda lagi tampak kecil dan rambut terlalu panjang beri ilusi badan tak seimbang. Malah elak dari kerinting rambut terlalu banyak.
Plus-size
Pilih: Volume rambut sederhana (tidak terlalu nipis atau tebal). Kerinting, bangs, pony tail anda boleh gayakan apa sahaja namun pastikan ia tidak berat.
Jangan: Jauhkan diri anda dari rambut lebat, tebal atau besar. Hati-hati juga dengan panjang rambut sentiasa bereksperimen tentang gaya anda mahukan.
Tapi anda juga perlu berhati-hati kerana bentuk wajah juga penting jadi pastikan dapatkan nasihat hair-stylish sebelum potong.