Penyanyi pop Demi Lovato sering kali dikaitkan dengan masalah pemakanan dan bergelut dengan rasa kurang keyakinan terhadap bentuk badannya.
Jika dahulu Demi sering kali mengikat perut untuk menjaga bentuk badan tapi kini konsep sebut sudah lama beliau tinggalkan.
“Saya berhenti diet dan berat badan sudah naik jadi ia agak sukar tapi dalam masa yang sama saya bahagia sebab saya tak lagi hadkan diri dari makanan.”
https://www.instagram.com/p/BeOknVMFE13/?taken-by=ddlovato
Demi berpendapat masyarakat awam terperangkap dalam budaya diet lebih-lebih lagi apabila pil kurus dan peralatan kecergasan kian bebas di komersial di kaca televisyen. Bagi beliau lagi apa yang paling penting ialah sentiasa bersenam dan melakukan aktiviti yang menyihatkan.
“Saya tak rasa kita perlu berdiet untuk jadi gembira dan apa yang paling utama dengan menjaga kesihatan dan lakukannya dengan sederhana.”
https://www.instagram.com/p/Bdh2TJnlnWa/?taken-by=ddlovato
Setuju dengan pendapat Demi Lovato, rasanya kalau berdiet tapi sampai berlapar diri dan jadi stress itu salah. Lakukan perancangan yang baik dan jangan terlalu mendesak dengan diri sendiri. One more thing, yakin dengan bentuk badan anda!