Setiap acara sukan Olimpik pasti ada yang ditunggu-tunggu. Kalau Olimpik Musim Sejuk acara luncur air (figure skating).
Dari situ kita akan dapat lihat kehebatan dan gaya kreatif pasukan dari pelbagai negara mengekspreskan seni kecantikan tubuh badan dalam hayunan luncuran.
Bukan setakat dari gaya kreatif yang dilihat malah kostum yang disarung oleh mereka juga main peranan besar. Apa yang pasti kostum mereka memang buat kita semua jealous! Berkerlipan dan warna yang dipakai boleh inspirasi untuk hari perkahwinan. Eh?
Jom lihat!
#1 Mirai Nagasu
Atlet dari Amerika Syarikat ini mengenakan kostum merah terang dengan rekaan inspirasi dari baju tradisional Cheongsam kaum Cina. Kolar mandarin pada kostum ini segala-galanya.
#2 Gabrielle Daleman
Kostum lautan biru dari peluncur Kanada ini penuh dengan batu-batu kristal. Memang ‘sakit mata’ dibuatnya.
#3 Alina Zagitova
Kostum atlet cantik manis dari Russia ini tak saling tumpah dengan si balerina. Siap dengan sarung tangan lagi!
#4 Mae Berenice Meite
Lain dari yang lain! Juara 4 kali kejohanan Perancis ini mengenakan kostum berseluar sarat dengan perincian batu kristal dibahagian atas.
#5 Satoko Miyahara
Pilihan kostum merah jambu ombre ini buat Satako dari Jepun ini kelihatan seperti puteri ais. Ayu!
#6 Kaetlyn Osmond
Jika peluncur ais Russia memakai satung tangan penuh lain pula dengan wakil Kanada ini. Gaya klasik skaf melilit leher dan sarung tangan pendek tampak beliau seperti peluncur ais era 20-an.
#7 Wang Shiyue & Liu Xinyu
Peluncur berpasangan dari China ini kontra dari segi warna kostumya. Suka lihat skirt Liu Xinyu ada vibe salsa.
#8 Tessa Virtue & Scott Moir
Kostum one off shoulder Tessa buat dirinya tampak elegan dan seksi. Kalau anda nak tahu pasangan dari Kanada ini memang benar-benar bercinta. Sweet sangat.
#9 Kavita Lorenz & Joti Polizoakis
Memang Kavita lagi menonjol dari pasangan! Lihatlah warna kostum merah jambu yang dipakai boleh buat mata nak pandang dia sahaja.