Bagi peminat tegar fesyen, pemilihan aksesori yang mantap adalah sama penting dengan pemilihan gaya dan potongan pakaian yang bersesuaian agar padan dengan personaliti peribadi.
Bahkan adakalanya, agenda majlis serta tema acara keraian juga perlu diambil kira agar tidak lari jauh daripada kod dan etika pemakaian yang ditetapkan oleh penganjur.
Bersempena musim Bunga/Panas 2018, jenama fesyen Moschino yang sering menghasilkan koleksi rekaan eksentrik kali ini tampil dengan aksesori kaca mata hitam yang memiliki perincian menonjol berupa paku.
Terdapat dalam dua rona pilihan monokrom, ia mengetengahkan potongan lensa bentuk “cat eye” bersegi dan pastinya sensasi untuk gaya ranggi yang memukau.
Untuk pengetahuan semua, setiap pasang kaca mata hitam edisi terhad Moschino Spike ini dihiasi 27 batang paku logam berkualiti -yang dilekatkan menggunakan tangan satu-persatu.
Dibuat 100 peratus di Itali dan diedarkan oleh Mazzucchelli, kaca mata hitam Moshino Spike hanya ada 650 pasang di dunia. Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.moschino.com/my].