Sebagai seorang wanita, kita pastinya sentiasa peka tentang bentuk dan saiz aset diri yang merangkumi bahagian dada dan pinggul.
Ini kerana, sejak dari zaman dahulu lagi, wanita yang memiliki badan berlekuk yakni dikurniakan pinggul dan payudara besar sering dianggap seksi oleh masyarakat. Dengan itu, serta-mertalah kecewa bagi si gadis yang kurus-kurus belaka seperti penulis ini.
Walau bagaimanapun, penulis tidak pernah pun menyesal kerana memiliki ukuran 32-24-34 sebegini. Ternayata, bentuk badan bukanlah penentu kebahagiaan hidup seseorang bahkan lebih parah andai kita terus sahaja asyik membanding-bandingkan diri dengan kelebihan yang orang lain miliki.
Paling utama, cara pembawakan diri itu perlu diatur bijak, jika anda jinak bergaya… sudah tentu akan kelihatan molek di mata orang.
Namun, siapalah kita kerana manusia normal pasti terdetik untuk kelihatan sempurna daripada diri yang sediakala betul tak? Jadi tanpa membuat pembedahan plastik, ini Wanista senaraikan beberapa jenis seluar dalam yang mampu menaikkan kembali punggung yang jatuh malah mampu menonjolkan bentuk yang lebih mengiurkan tanpa sebarang kos yang besar.
#1 Butt Lifter Panty
Mungkin kelihatan pelik kerana seluar dalam ini berlubang pada kedua belah punggung. Biar pun begitu, seluar dalam ini mampu sahaja menarik tengang kedudukan punggung yang jatuh sekaligus memampatkan daging punggung agar penampilannya kelihatan lebih menyerlah berbanding saiz normal. Kalau tak percaya boleh cuba!
#2 Formed Butt Enhancer Panty
Seluar dalam ini seperti acuan yang berupa tempurung berpad yang mampu memegang kemas pipi punggung anda, seterusnya membuatkan pinggul kelihatan besar dan mampat serta-merta! Sesuai untuk kegunaan harian.
#3 Shapewear Lifting Boy Short
Bertindak sebagai seluar dalam 2 dalam 1, selain memeluk lekuk tubuh secara konsisten untuk merampingkan bahagian pinggang, ia juga mampu menarik tegang kedudukan punggung yang jatuh.
Dengan pemakaian seluar dalam jenis ini, pastinya ia berhasil untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman anda dalam seklip mata. Sesuai untuk dipakai dalam pakaian yang ketat atau diperbuat daripada material elastik seperti lycra mahupun spandex.
#4 Curves Hip Butt Panty
Jika anda mahukan penampilan pinggul yang lebih menawan bak kerengga, boleh cuba seluar dalam berpad yang ini. Pad dipasang kemas pada kedua-dua bahagain pinggul (sisi punggung) dan punggung untuk mendapatkan bentuk yang lebih seksi.
#5 String Bikini Butt Booster
Sesuai untuk dipakai sewaktu menggayakan bikini. Selain menampakkan menampilan punggung yang lebih besar dan menyerlah saat anda bermandi-manda di taman tema atau laut, seluar dalam pad yang dipakai terlebih dahulu sebelum menyarungkan seluar dalam bikini ini memiliki jahitan dan reka bentuk yang kemas memandangkan bahagian tepi pinggul hanya menggunakan sambungan tali -agar tidak kelihatan terkeluar daripada seluar dalam bikini.
Kedudukan padnya juga lebih tinggi berbanding seluar dalam pad yang lain agar sentiasa tersorok kemas dalam seluar dalam bikini.
Boleh juga dipakai dengan dress yang punya potongan rendah pada bahagian belakang.
#6 Boxer Padded Panty
Sesuai apabila anda menggayakan celana ketat atau dress yang mempunyai reka bentuk melekap pada tubuh.
Untuk mengelakkan garisan seluar dalam terlihat, boleh pakai seluar dalam boxer yang sudah siap dilengkapi pad ini.
Dengan cara ini, punggung anda akan kelihatan lebih besar dan menawan malah, dalam masa yang sama turut terlihat kemas tanpa merosakkan penampilan feminin anda.
Bonus!
Okay, kalau korang tak selesa pakai seluar dalam yang berpad, boleh cuba guna pad silikon ni. Hanya perlu selit pada bahagian dalam seluar dalam korang tetapi kekurangannya adalah ia mungkin akan beralih dari semasa ke semasa yang membuatkan korang naik gila nanti.
Ada baiknya korang padankan silikon pad ni dengan seluar dalam pendek jenis boy short panty supaya kemas melekap di punggung untuk jangka masa panjang.
Tonton Video Wanita Ini Cuba Seluar Dalam Berpad Untuk Buat Punggung Kelihatan Mampat & Besar
Selamat mencuba! ❤
PERINGATAN: Visual-visual di atas adalah bertujuan untuk memberi rujukan serta gambaran yang lebih jelas kepada para pembaca berkenaan jenis seluar dalam berpad.
Wanista tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang isu berkaitan imej tersebut (jika dikaitkan dengan unsur seksual) kerana portal ini fokus kepada pembaca yang majoritinya wanita. Harap maklum.