Lumrah setiap kali kita menonton sesuatu cerita baik drama, filem atau rancangan realiti, setiap detail yang dipakai oleh selebriti menjadi tarikan khususnya kaum hawa.
Sekarang sedang ditayangkan filem seksi Fifty Shades Freed di serata dunia tetapi sayangnya di sini tayangan diharamkan kerana unsur sensual. Selain wedding dress Anastasia Steele yang menjadi perhatian, bibirnya yang kelihatan lembap, seksi mengiurkan itu menjadi bual bicara netizen yang sudah menontonnya. Rata-rata ingin tahu lipbalm yang digunakan Dakota Johnson, aktres yang mendukung watak itu.
Baca: Terlalu Cantik, Wedding Dress Anastasia Steele Dalam Fifty Shades Didedah
Selidik punya selidik, menurut Refinery29, Anastasia sekadar menggunakan “Glossier’s Generation G in Like” – lipbalm merah jambu matte, ia kelihatan seakan-akan tidak memakai apa-apa di bibir tetapi secara perlahan mengeluarkan warna mengikut darah. Barulah nampak sensual kalau bibir merah semulajadi sebegini daripada memakai lip color yang silap hari bulan hanya membuatkan bibir kering sahaja.
Malangnya, lipbalm ini tidak dijual di Malaysia. Sekiranya anda mahukan lipbalm sebegini, ada beberapa yang boleh anda cuba dan hasilnya sama seperti bibir Anastasia Steele.
Peripera Ink The Airy Velvet in Elf Light Rose
Burt’s Bees Tinted Lip Balm in Pink Blossom
Revlon Matte Balm in Sultry
Baca: Atasi Masalah Bibir Kering & Merekah Dengan 7 Pilihan Lip Balm Terbaik Ini
Jadi, selepas ini boleh feeling seksi macam Anastasia Steele. Mesti BF/Suami korang suka..