Mungkin namanya tidak segah Aishwarya Rai, Deepika Padukone atau Priyanka Chopra tetapi Padma Lakshmi merupakan selebriti serba boleh!
Wanita ini merupakan pelakon, supermodel, hos Top Chef, penulis buku masakan, aktivis dan sekarang berbangga dengan kehadiran baby baru koleksi kapsul bersama Mac Cosmetics. Seperti kerjasama lain, koleksi edisi terhad ini memberi kualiti terbaik sekaligus kegembiraan pada beauty junkies. Dan Padma sendiri meletakkan setiap elemen peribadi yang sinonim dengannya ke dalam setiap kapsul, cukup membuatkan koleksi ini mewah dan anggun sekali. Walaubagaimanapun, koleksi ini hanya tersedia pada bulan Mac akan datang tetapi Wanista ingin berikan sedikit highlight mengenainya. Tak sabarnya…
Reka bentuk untuk setiap pembungkusan adalah pilihan warna emas, ianya inspirasi daripada warisan asal usul Padma, India. Jadi, ianya diukir cukup eksklusif dan mengagumkan. Pilihan warna-warna juga kelihatan sempurna untuk wanita dengan nada kulit sederhana dan gelap bahkan yang putih juga.
Menawarkan dua pilihan eyeshadow, yang setiap satu mempunyai tekstur matte dan glitter. (Satu palette berharga RM170.00)
Untuk bibir, Padma tampil dengan enam rona yang sesuai untuk nada kulit dari yang putih sehingga ke gelap -Sunset Rose, Apricot Gold, Nude Fudge, Mittai Pink, Blue Blood dan Sumae. Juga dari tektsur matte yang sinonim dengan Mac Cosmetics. (Harga RM82 setiap satu)
Nak tambah seri di wajah, sudah tentu dengan blusher. Padma melahirkan palette dari rona peachy orange yang memberi look lebih semulajadi. Harga RM214 setiap satu.
Untuk mata, Padma tampil tiga pilihan eye pencil untuk wanita yang suka bermain dengan warna. Harga RM93.
Ingin milikinya? Koleksi Padma Lakshmi x Mac akan berada di Suria KLCC dan Pavilion KL bulan Mac akan datang. Anda juga boleh mendapatkannya secara atas talian di www.maccosmetics.com.my.