Berangan nak jadi pasangan perfect bak Awal Ashaari dan Scha Alyahya?
Pasangan yang sama cantik sama padan ini bukan lahir secara semulajadi, ia memerlukan sokongan dan pertolongan antara satu sama lain.
Jikalau anda mahu si suami atau kekasih tampil kacak umpama hero-hero di televisyen pun boleh! Bukan apa, kadang-kadang orang lelaki noob sikit bab penjagaan diri. Sebab itulah ada diantara tampil agak selekeh dan berfesyen entah apa-apa.
Sebagai isteri/kekasih yang selalu on tentang dunia kecantikan. Marilah kita sama-sama transformasi si dia lebih kacak dan sedap mata sendiri memandang.
#1 Berikan set penjagaan wajah
Percaya atau tak masih ada lelaki yang mencuci wajah guna sabun! Sabun boleh menyebabkan kulit wajah jadi lebih kering, jadi berikan mereka set lengkap pencuci muka, penyegar dan pelembab. Bila dah kasi tu, jangan lupa buat tutorial biar si dia faham. Bagi anda yang nak jimat, kongsi sahaja.
#2 Fokus pada gigi
Senyuman yang memikat datang dari gigi yang putih tersusun rapi. Cadangkan anda dan pasangan untuk melakukan pemeriksaan gigi sekurang-kurang setahun sekali. Benar lelaki yang paling kacak ialah memiliki gigi putih sihat dan nafas yang tidak berbau. Oops!
#3 Bersenam dan diet
Kalau tengok badan Hritik Roshan atau Zul Ariffin bergetar jiwa tapi bila tengok suami berkecai hati, tak baik macam itu. Apa kata anda mula menjaga diet dan pemakanan buat si dia dengan menyediakan makanan lengkap nutrisi. Sambil itu, rajinkan diri untuk mengajak si dia untuk beriadah atau bersenam bersama. Cuba check mana-mana pusat gim yang ada pakej untuk couple.
#4 Gaya rambut
Potongan rambut pada seorang lelaki ialah kunci peribadi mereka. Betapa pentingnya untuk mendapatkan gaya rambut yang sesuai mengikut wajah dan tekstur rambut. Bukan itu sahaja, pastikan mereka juga tahu cara menjaga rambut dan sentiasa alert bila kena trim!
#5 Kedutan sekitar mata
Lelaki mudah mendapat kedutan dibahagian kerana atas faktor usia dan bebanan stress yang dihadapi. Kedutan, lingkaran gelap bawah mata dan sembap buat si dia tampak berusia dari umur sebenar! Ajar suami anda untuk menyapu krim bawah mata setiap pagi dan malam sebelum tidur.
#6 Kuku jangan lupa
Kebanyakan kaum lelaki lupa untuk melihat sekitar kuku, terutamanya kuku kaki! Jangan ingat para wanita sahaja yang wajib merias dan mengemas kuku begitu juga dengan lelaki. Cukup kuku kelihatan bersih dan pendek kerana kuku panjang dan kotor penyebab penyakit.
Kalau si dia degil, nasihati lah dengan baik tapi jika berkeras juga tarik telinga! 😛