Lama juga nama Jennifer Lawrence tidak muncul setelah filem Mother! tapi kali ini beliau kembali dengan filem aksi penyiasatan Red Sparrow.
Seperti aktress yang lain, JLaw kini sibuk mempromosikan dan menghadiri pelbagai malam gala sempena tayangan perdana filem terbarunya ini. Kemunculan head to toe pemenang aktress terbaik Grammy ini sentiasa menjadi penantian peminat dan tabloid fesyen.
Sejak semakin matang bergaya, pilihan fesyen JLaw semakin tip top!
Tampil penuh kilauan dari gaun Christian Dior Couture Spring 2018 buat JLaw seperti selebriti zaman hippie 70-an. Lihatlah rambut kerinting mengerbang itu, pandai beliau bawa tanpa nampak serabut.
Belahan leher dan dada gaun yang rendah sekaligus beri aura seksi dan elegan buat masa yang sama.
Tak cukup dengan itu, pagi seterusnya sempena majlis photo-call di Hotel Corinthia, London JLaw bergaya dengan lagak perisik dalam gaun mewah baldu Versace.
Dari hujung kaki hingga hujung kepala JLaw memakai warna hitam tanpa sebarang aksesori barang kemas. Malah pilihan gaya rambut pula lebih sleek dan mata beliau bersolek smokey-eyes.
Kalau dah cantik dan memang hebat melakonkan apa jua watak, rasanya tak jadi masalah untuk Jennifer Lawrence mengayakan apa busana sekalipun.