Kemasan rumah adalah faktor paling penting untuk menjadikan ia suatu hub untuk beristirehat setelah seharian di beraktiviti rumah. Menjelang perayaan dan tahun baru pasti ada sahaja gaya dekorasi yang anda mahu tukar. Sudah pastinya anda tidak mahu melihat kesan-kesan paku atau gerudi yang mencacatkan pemandangan ruang tamu. Situasi ini bukan sahaja berlaku dirumah malah di sekolah, pejabat atau dimana sahaja.
Jenama alat tulis Faber Castle memperkenalkan solusi dengan produk White Tack-It, pelekat kegunaan harian untuk permukaan seperti kaca atau logam, permukaan bercat dan kertas dinding diselaputi vinil. Tack-It mudah ditampal dan ditanggalkan sekaligus tidak akan meninggalkan kesan pada dinding.
Pelbagai cara kreatif anda boleh guna Tack-It seperti menggantung bingkai gambar atau mengukuhkan hiasan rumah dari elak terjatuh. Jika anda perlu menggunakan skru dengan pemutar skru, tampalkan sedikit Tack-It pada hujung pemutar skru supaya ia dapat memegang skru tanpa jatuh.
Bagi membersihkan pada kawasan lubang kecil, contoh papan kekunci komputer. Golekkan Tack-It pada bahagian tersebut dan ia boleh menarik habuk dan kotoran.
Masalah utama apabila mengemas ialah melihatkan wayar-wayar dari perkakasan elektronik yang berselirat. Anda boleh menggunakan Tack-It untuk memegang wayar atau dawai dengan cara yang lebih kemas dan teratur.
Bayangkan jika ada barang kecil terjatuh kedalam sudut yang jauh. Gumpalkan Tack-It, tampalkan pada hujung kayu dan kutip kembali barang yang hilang dengan mudah.
White Tack-It boleh didapati dalam tiga saiz pek iaitu 42 keping (RM3.50), 90 keping (RM4.90) dan 120 keping (RM6.90). Dapatkan ia di pasaraya atau kedai alat tulis berhampiran.