Manusia dan emosi memang tidak dapat nak dipisahkan.
Jika anda peminat filem genre romantik dan kekeluargaan, anda pasti akan teruja untuk menonton filem-filem yang menyayat hati.
Dari situlah kekuatan sesebuah filem dinilai, apabila ia berjaya membawa penonton menyelemai emosi sepertimana yang dibawakan dan cuba disampaikan para pelakon.
Ini beberapa filem sedih pilihan Wanista.
#1 Tenggelamnya Kapal Van Der Wick (2013)
Karya novel Hamka. Penulis tak nafi, filem ni adalah filem paling meruntun hati yang penulis pernah tonton. Banyak babak yang buat penulis menangis tak berhenti padahal penulis bukanlah mudah untuk mengalirkan air mata kala menonton.
Diselangi lagu-lagu penuh mesej nyanyian Nidji, filem romantis ini menceritakan cinta antara dua darjat yang mengetengahkan watak Hayati dan Zainuddin yang berlainan suku.
Zainuddin jatuh cinta dengan anak saudara ketua kampung bernama Hayati tetapi dihalang oleh pakcik Hayati kerana Zainuddin tidak berpangkat dan tidak pula bersuku yang bukan asalnya dari Minang asli.
Akan tetapi Hayati telah dipaksa bernikah dengan orang kaya Minang yang hidup serba moden lalu dia terpaksa meninggalkan Zainuddin meskipun sudah berjanji untuk sehidup dan semati.
Sampai suatu hari Zainuddin mendapat tahu bahawa Hayati telah berkahwin dan menghianati janji mereka sehingga Zainuddin akhirnya berusaha untuk memajukan diri dalam bidang penulisan dengan mengabadikan kisahnya dengan Hayari dalam novel-novel sehingga menjadi kaya-raya.
Tonton Trailer Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Dari situ, Hayati mula bertemu dengan Zainuddin semula dan dalam masa yang sama, baru saat itu dia tahu suaminya yang panas baran sudah bankrap sehingga menyebabkan rumah tangga mereka semakin goyah.
#2 My Sister Keeper (2009)
Diadaptasi daripada novel. Ia mengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan bernama Anna yang nekad menyaman ibunya sendiri kerana mempergunakan dirinya sebagai penderma organ kepada kakaknya.
Anna lahir bukan kerana keikhlasan tetapi dia adalah bayi tabung uji yang sengaja dikandungkan dengan tujuan supaya dia bisa menjadi sumber sel sihat untuk diberikan kepada kakanya, Kate, yang menghidap kanser.
Dalam pada usahanya untuk mendapatkan peguam terbaik bagi membicarakan kes saman terhadap ibunya itu, kakaknya Kate semakin hari semakin tenat membuatkan Anna berasa bersalah. Namun Kate merelakan andai adiknya tidak lagi mahu menjadi penyumbang sel kepadanya.
Tonton Trailer My Sister’s Keeper
#3 Love & Faith (2015)
Cinta antara dua darjat, Karmaka adalah seorang pria yang mahu memajukan diri dan membantu keluarga demi menghantar adiknya belajar tinggi.
Dengan itu, dia berkhidmat sebagai seorang guru dan sambil mengajar di sekolah, dia juga mengajar seorang pelajar perempuan bernama Lim Kwei Ing yang amat menyukai dirinya untuk kelas tambahan. Pada awalnya, dia menjaga batas antara seorang guru dan pelajar namun lama-kelamaan dia dan Lim Kwei Ing yang merupakan anak orang kaya akhirnya bercinta lalu bernikah.
Sejak dari itu, Karmika menjawat jawatan sebagai pengurus bank menggantikan tempat bapa Lim Kwei Ing dan bermulalah pelbagai krisis kekeluargaan dan di anatara pasangan itu.
Tonton Trailer Love & Faith
#4 The Last Song (2010)
Kalau korang nak tahu, inilah filem pertama yang menggandingkan Miley Cyrus dengan Hemsworth. Mungkin dari sinilah bibit-bibit cinta mereka mula berputik.
Menceritakan seorang anak gadis bernama Ronnie yang menghabiskan cuti sekolah untuk tinggal bersama bapanya. Sejak ibu dan bapanya berpisah, dia menjadi seorang yang liar tanpa menghiraukan perasaan orang lain.
Sewaktu tinggal bersama bapanya, dari situ sedikit demi sedikit dia belajar erti kasih seorang bapa setelah sekian lama membenci dan menyalahkan bapanya kerana meninggalkan dia, ibu dan adiknya.
Semakin hari semakin sayang sehinggalah suatu hari Ronnie mengetahui tentang penyakit kanser yang dihidap bapanya… Ronnie mula sedih dan takut kehilangan bapanya.
Di daerah tempat tinggal bapanya itu juga Ronnie telah bertemu dengan seorang jejaka kacak yang benar mencintai dirinya.
Tonton Trailer The Last Song
https://www.youtube.com/watch?v=vZH0Nf4KLBo
#5 Redha (2016)
Redha tidak mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan peminat filem tempatan. Tetapi aura Redha dirasai di luar negara apabila ia mendapat perhatian industri perfileman sehingga memenangi anugerah.
Redha paparkan kisah benar kehidupan ibu bapa yang mempunyai anak autisme. Penghayatan lakonan para pelakon dan dialog yang baik membuatkan kita mahu mengikuti lebih dalam kehidupan keluarga Razlan.
Tonton Trailer Redha
#6 Tanda Putera (2013)
Asyik tonton filem cinta apa kata tonton filem yang berkisarkan cerita benar Tun Abdul Razak ini. Ini cara mudah anda untuk tahu betapa sukarnya Tun menegakkan hak negara dan bangsa sehingga mampu membuatkan anda mengalir air mata. Lebih-lebih lagi mengenangkan orang masa kini yang langsung tidak tahu menghargai pemimpin kita.
Sehingga nafasnya yang terakhir, Tun masih mementingkan rakyat serta negaranya.
Tonton Trailer Tanda Putera