Seperti kebanyakan acara-acara anugerah berprestij lain, lensa kamera dan perhatian orang ramai sudah pasti akan tertumpu melihat ketibaan bintang kesayangan mereka berjalan di karpet merah.
Dalam pada itu, antara yang menjadi tarikan utama adalah fesyen yang digayakan bintang sewaktu membuat penampilan awal di karpet merah dan apakah ia bersesuaian dengan tema yang telah ditetapkan penganjur.
Untuk Brit Awards 2018, menurut penulis lebih ramai yang buruk daripada yang cantik.
Rata-rata bintang Britain tidaklah begitu mementingkan pemilihan busana yang umpama “serkap jarang” dan sangat klise jika hendak dibandingkan dengan bintang-bintang dari Amerika.
Menerusi sudut pandangan penulis, ini antara artis yang tidak memiliki sense of fashion sewaktu menghadiri Brit Awards 2018 yang berlangsung semalam.
#1 Jennifer Hudson
Warna merah dah cantik dah, pemilihan fabrik busana tu yang mirip satin pun dah nampak okay. Tapi apa benda yang kat bahagian dada tu. Nak kata riben bukan riben. Oh mungkin itu strapless bikini top yang digayakan di luar dress. Ops! Sorry.
#2 Camila Cabello @ Ralph & Russo
Failed to impress! Camila ni memang suka pakai busana ala-ala gaun puteri setiap kali ke karpet merah, tapi walaupun warna biru lembut ni cantik, potongan dress tu serabut nak rak! Macam baju yang tak sempat siap dijahit pun ada.
Mungkin kalau tak ada tali bersilang di leher tu akan nampak okay sikit. Korang rasa?
#3 Caroline Flack
Warna memang out habis untuk acara karpet merah! Kena pula dengan corak metalik tu lagi lah kelakar nampaknya. Bila penulis tengok baju ni, terus teringat zaman retro. Sangat kelihatan murah dan ketinggalan zaman.
#4 Paloma Faith
Paloma Faith memang terkenal dengan gaya dia yang ranggi dan eksentrik tapi busana dia kali ni nampak macam hambar. Macam bola disko dah!
Mungkin kalau potongan dress ni pendek dan mempunyai panjang lengan yanng sama di kedua-dua belah, everything will look fine…
Draping dekat hadapan dress tu pun macam tak ada fungsi je LOL.
#5 Fleur East
Awak tu kalau dah berbadan besar jangan lah berani-berani pakai fabrik yang bersinar macam jaket dan palazzo guna material baldu ni. Warna fabrik pun lusuh sangat kenapa? Aduhaiiiii
#6 Noomi Rapace
Pakai baju DIY ke tu? Penulis tak nak komen banyak lah, korang buat andaian sendiri eh… HAHA
#7 Hailey Baldwin @ Ralph Lauren
Rekaan baju ni memang dah nampak kelas! Ringkas dan minamlis.
Tapi apa kena ada panel biru tu? Sekali pandang macam baju mandi pula. Maaflah, imaginasi penulis ni di luar jangkaan. Tapi betul kan macam ala-ala swimming suit? HAHA
#8 Jorja Smith
Kita faham 2018 memang trend busana guna fabrik bersinar dan berkilau tapi slip dress ni is soooooo last year gurlllll. Balik dari Brit Awards ni confirm dia terus tidur. HAHA
#9 Little Mix
Rasa macam nak pergi kat diorang ni tanya “Apa masalah korang?!”
Baju sorang-sorang macam beli kat local cheap boutique. Okay bye!
Walau bagaimanapun, masih ada yang tidak menghampakan termasuklah:-
#9 Rosie Huntington Whitely @ Saint Laurent
#10 Maya Jama
#11 Anne Marie
#12 Rita Ora @ Russo Couture
#13 Dua Lipa @ Giambattista Valli
#14 Ellie Goulding
#15 Myleene Klass
#16 Kylie Minoque