Dolce & Gabbana adalah jenama fesyen agung yang tidak pernah menghampakan para peminatnya dengan rekaan yang berjiwa feminin.
Mewah dengan motif floral, musim ini Dolce &Gabbana tampil memperkenalkan kolekis kaca mata hitam dipanggil “Customize Your Eyes” yang membuka peluang kepada si fashionista mencuba kelainan mengikut perosonaliti dan mood.
Menariknya tentang kaca mata berlensa bulat ala retro ini, ia dilengkapi bingkai lensa bercorak yang boleh ditukar-ganti sekaligus mewah untuk wanita berkarakter.
Hanya perlu klip, set bingkai lensa Dolce & Gabbana untuk “Customize Your Eyes” ini terdapat dalam empat pilihan memukau yang diinspirasikan dari dunia eksotik.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.facebook.com/Luxottica].