Sama seperti wajah, bibir juga memerlukan penjagaan yang betul kerana bila anda berdepan dengan orang, sudah tentu anda akan melihatnya jadi jika bibir cacat cela maka…
fresh memperkenalkan kepada anda dan bibir anda dengan Sugar Punch Tinted Lip Treatment Sunscreen SPF 15. Balsem bibir ini melembapkan, melindungi, melicin malah memberi warna. Tekstur berair dengan kemasan sempurna untuk semua jenis kulit!
Bila melihat tekstur dan harumannya, balsem bibir ini meningatkan kita pada buah-buahan tropika. Untuk itu, pengasas fresh, Alina Roytberg menjelaskan dia terpesona melihat variasi warna ketika pergi pasar buah di Bangkok, Thailand, sekaligus membawanya kepada bayangan untuk menghasilkan ‘sesuatu’ daripada buah-buahan tersebut.
“Saya menemui beberapa buah naga yang eksotik, rambut, epal – yang kesemuanya meriah dengan warna-warna seperti merah jambu, merah dan oren. Ia adalah dunia yang berbeza untuk buah-buahan pada saya!.
“Keunikan gabungan buah-buahan ini, rupa dan rasa yang lebih halus daripada apa yang saya fikir. Sama seperti Sugar Punch, luar nampak bold tetapi ternyata dalamnya hasilkan tekstur yang berair untuk kelembapan berpanjangan,” terang Alina Roytberg.
Sugar Punch Tinted Lip Treatment Sunscreen SPF 15 dirumuskan dengan gula bergizi yang sama, minyak penghidratan, dan vitamin yang kaya dengan antioksidan, ia memberikan kelembapan 24 jam dan perlindungan penting pada bibir anda.
Bahan-Bahan Utama
- Gula adalah humectant semula jadi yang diketahui untuk memberi kelembapan.
- Campuran minyak berkhasiat, meadowfoam dan black currant seed oil membantu melembap.
- Grapeseed oil membantu melicin dan melembut bahkan kaya dengan antioksidan yang dikenali untuk melindungi daripada merosakkan radikal bebas.
- Vitamin C dan E adalah antioksidan yang kuat yang membantu melindungi kulit.
- Lebah, dikenali dengan sifat antioksidannya, melembutkan kulit.
- Lilin Carnauba, lilin semulajadi dari Brazilian Carnauba Palm, bertindak sebagai penghalang perlindungan untuk mencegah dehidrasi.
Sugar Punch Tinted Lip Treatment Sunscreen SPF 15 (RM105) boleh didapati di Sephora pada Mac depan.