Rasanya tak perlu lagi Wanista kenalkan siapa Ameera Khan. Popular di Instagram dengan panggilan Little Miss Khan, dia ialah adik kepada pengacara, pelakon dan ahli perniagaan berjaya Neelofa.
Barisan gambar yang dimuatnaik Ameera di Instagram sentiasa menjadi inspirasi anak gadis untuk berfesyen. Buat anda yang pertama kali melihat Ameera pasti tidak percaya, dia baru sahaja menginjak usia 17 tahun! Tampil matang, yakin dan bijak dalam berfesyen buat gadis muda menjadi luar biasa dari gadis lain.
Malah apa yang lebih hebat, level fesyen Ameera adalah high-end. Pakaian, kasut, aksesori dan beg tangan bukan jenama biasa-biasa.
Mari kita lihat beberapa buah beg tangan mewah milik Ameera yang sering ditayang di akaun Instagramnya.
# Chanel
Wanista percaya Ameera berkemungkinan memiliki lebih dari 10 beg tangan double C ini. Tangan dan bahu tak lekang di lilit beg tangan Chanel yang bukan satu rekaan tapi pelbagai jenis, bentuk, koleksi dan warna. Jangan terkejut ya sesetengah koleksi Chanel boleh mencecah RM20k. Ehem.
# Céline
Dua kali tampil membawa beg tangan kulit mewah dari Céline. Simple dan elegan dari Micro Luggage Handbang, Ameera ada 1 rekaan yang sama tapi dalam berbeza warna. Dari laman sesawang Céline, harga bagi sebuah beg tangan ini RM11,217.
# Balenciaga
Wanista tertarik dengan keunikan beg tangan segi tiga dari Balenciaga itu yang berharga RM8,039. Dua pilihan gaya beg tangan Balenciaga yang Ameera pilih serba ringkas dan only state Balenciaga. Nama jenama lebih penting okay!
# J’adior
Beg multitasking dari J’Dior ini sekurangnya berharga RM12,585. Ia diperbuat dari kulit anak lembu dan boleh digayakan secara crossbody dan clutch. Well untuk harga RM12K, beg multitasking? Bolehlah..
# Gucci
Double C dah ada, mestilah Double G turut ada! Comel dan bersahaja Ameera mengayakan fanny pack dari Gucci ini. Tak perlu aksesori berlebihan, beg tangan genit RM4,310 dah cukup buat Ameera mengikut fesyen semasa.
# Louis Vuitton
Tak menanglah kalau tiada beg tangan berkelas tinggi Louis Vuitton. Tidak seperti mereka yang memilih rekaan monogram LV, Louis Vuiton Petite Maalle yang harga mencecah RM22,00 buat Ameera have everything.
Benarlah kata orang, ada duit apa sahaja boleh. Ye tak?
Buat anda yang ingin bergaya, berjenama mewah tidak semestinya yang penting anda yakin, kreatif dan laksananya dengan mengikut trend semasa.