Under Armour menampilkan koleksi HOVR dalam teknologi yang lebih cekap dan inovatif.
Kusyen Under Armour HOVR mampu menyerap tenaga dan hentakan larian untuk memberi keselesaan dan larian yang lebih panjang.
Kunci utama dalam teknologi HOVR ialah ‘Energy Web’ dimana ia dapat mengekalkan bentuk tapak dan memberi semula tenaga yang diserap pada si pemakai. Kemampuan kasut ini memberi impak badan lebih selesa, larian lebih sempurna dan kaki tidak berasa penat.
Koleksi baru HOVR memperkenalkan dua stail terbaru iaitu HOVR Phantom (RM699) dan HOVR Sonic (RM549) yang sudah berada di pasaran pada 2 Februari 2018.
Selain itu, Under Armour juga mempunyai pelbagai koleksi pakaian sukan khas untuk wanita bagi bahagian ‘Running’ dan ‘Training’.
Dapatkan di stor Under Armour atau butik sukan seluruh negara.