Mungkin ramai yang tidak tahu, Jennifer Lopez atau JLo sedang sibuk mengadakan persembahan All I Have di Las Vegas.
Ramai peminat beliau berkumpul di Vegas untuk melihat aksi lincah dari penyanyi pop yang popular sejak tahun 2000.
Teman lelaki JLo, Alex Rodriguez telah berkongsi sebuah video persembahan dimana penyanyi yang berusia 48 tahun terlihat menari sakan dan benar-benar seronok melakukan persembahan.
Mengenakan baju jumpsuit merah dengan bertatahkan kilauan, JLo kemudian sempat berinteraksi bersama peminat dan teman lelaki yang sedang merakam.
https://www.instagram.com/p/BffgL-Qgwjm/?hl=en&taken-by=arod
Bukan sahaja menari, JLo juga melentukkan badannya umpama ahli akrobatik pula. Aksi seksi dan mengancam buat peminat tak senang duduk. Harga tiket persembahan dijual pada harga RM600 sehingga RM1,300 memang berpatutan kalau dapat persembahan 100% hebat dari beliau.
Kalau orang lain umur dah masuk 40 selalu mengadu sakit lutut, sakit belakang tapi JLo semakin agresif kalah orang muda.