Perkembangan terbaharu tentang aktres Bollywood Sridevi yang mati mengejut Sabtu lalu, Sridevi disahkan mati kerana lemas dalam tab mandi bilik hotelnya di Dubai sewaktu dalam rangka bagi menghadiri perkahwinan anak saudaranya di sana dan bukanlah kerana sakit jantung seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini.
Menurut hasil analisis bedah siasat (post-mortem) yang dikeluarkan, pihak Polis Dubai mengesahkan bahawa aktres Bollywood jelita itu mati disebabkan lemas dalam tab mandi seterusnya tidak sedarkan diri. Kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai mati lemas.
Following the completion of post-mortem analysis, @DubaiPoliceHQ today stated that the death of Indian actress Sridevi occurred due to drowning in her hotel apartment’s bathtub following loss of consciousness.
— Dubai Media Office (@DXBMediaOffice) February 26, 2018
Hal itu kemudian mengundang pelbagai persepsi daripada netizen sejak petang semalam dan ramai beranggapan ini ada hubung kait dengan misteri pembunuhan. Kekeliruan mula melanda sama ada Sridevi mati disebabkan bunuh diri, dibunuh atau mungkin terkena serangan jantung seterusnya tidak sedarkan diri ketika sedang berada dalam tab mandi di sebuah bilik hotel di Dubai sehingga membuatkan dirinya lemas tanpa sengaja.
I am at a loss for words & jolted as if struck by lightening at this late hour of the night to learn about the shocking & tragic news & untimely demise of #Sridevi ji. Heartbroken. She was India’s sweetheart, an incredible artiste & a beautiful human being. Gone too soon. RIP.🙏 pic.twitter.com/VEIveFY4tw
— Adnan Sami (@AdnanSamiLive) February 24, 2018
Sepanjang hidupnya, Sridevi mula menceburkan diri di layar perak sejak umurnya 13 tahun dan berjaya memegang watak-watak utama dalam kebanyakan filem sekitar 1978 sekaligus menaikkan nama beliau sebagai bintang paling agung dalam arena Bollywood.
Sewaktu kejadian, Sridevi diselamatkan oleh suaminya, Boney, serta dua orang anak perempuannya, Jhanvi dan Khushi Kapoor.