Orang kata kerja tak akan pernah habis, jadi apa kata anda ambil cuti dan pergi ke tempat-tempat menarik untuk menenangkan jiwa. Yang dekat, yang jauh pun boleh. Tapi di mana?
Untuk itu, HomeAway, peneraju dunia dalam rumah percutian, memperlihatkan destinasi perjalanan paling popular yang menjadi pilihan pelancong pada tahun ini.
Tiga destinasi perjalanan popular yang meningkat naik untuk kumpulan dan keluarga dari Malaysia pada 2018?
Daripada pantai berpasir putih Pulau Cebu di Filipina, hingga ke Taichung, bandar percutian Taiwan, kawasan bergunung-ganang di pulau atau rahsia unik di Jepun, kumpulan dan keluarga dari Malaysia mendapati ia lebih memuaskan dan berpatutan untuk menerokai destinasi yang jarang dikunjungi ramai.
Jenis penginapan yang dicari oleh kumpulan dan keluarga dari Malaysia pada 2018?
Pengembara Malaysia kini menikmati pilihan yang tidak terhingga tersedia untuk pengembara zaman moden, daripada yang mewah hingga ke yang luar biasa. Pada 2018, anda mungkin melihat peningkatan terhadap minat dalam pilihan penginapan alternatif seperti kabin dan ran, di samping vila terus menawarkan pengembara percutian mewah yang mereka inginkan.
Apakah ciri dan kemudahan yang diinginkan oleh kumpulan dan keluarga apabila menginap di HomeAway?
Menginap di hartanah HomeAway memberikan pengembara kepuasan menyeluruh. Dengan harga serendah $100 semalam, seorang, anda boleh menikmati kepuasan dan keselesaan suasana rumah ke mana sahaja anda pergi. Pengembara Malaysia biasanya tertarik untuk menyewa rumah yang mesra haiwan kesayangan, disertakan dengan dapur yang lengkap dan kelengkapan cucian serta cef peribadi!
Untuk membuat tempahan, sila ke laman web rasmi HomeAway.asia.
Selamat Bercuti!