Rasanya dalam tahun 2018 tiada lagi bentuk badan ideal.
Kurus, chubby, gempal, peha besar, lengan kecil atau apa sahaja bentuk badan kita semua, raikan dengan keyakinan sebenar.
Begitulah apabila penulis melihat satu akaun fesyen khas untuk wanita bersaiz besar ini. Ia bukan sahaja beri ilham berfesyen bagi wanita gempal malah untuk semua saiz sekalipun.
Akaun @andigetdressed menempatkan platform trend semasa gaya wanita dari seluruh dunia berkongsi apa jua citarasa mereka berfesyen tanpa filter!
#1 Corak harimau
Kenapa kalau nak pilih fabrik bercorak mesti floral? Cuba tukar pula dengan corak harimau atau animal prints. Dengan helaian dari corak ini anda tak perlu berlebih, cukup dengan t-shirt polos, beg tangan dan kasut sebagai pelengkap gaya.
#2 Balutan kilauan
Ramai wanita kurang yakin bila nak kenakan fabrik berkilat atau penuh labuci. Risau lagi nampak besar! Nayy, pilih dress yang ketat dibahagian pinggang atau wrap dress untuk beri ilusi ramping. Tips ini boleh dipraktis pada semua jenis dress. So, keep it in mind!
#3 Top jarang
Khas untuk mereka yang benar-benar berani dalam berfesyen. Tak salah rasanya setiap orang nak show-off skin.
#4 Kot maskulin
T-shirt, kemeja, blaus ah, bosanlah! Terapkan eleman boyish dengan kot plaid, sesiapa sahaja berhak nak tonjol sisi kasar mereka.
#5 Jalur
Cuba lihat dalam almari anda, agaknya ada tak pakaian berjalur? Kalau tak ada cuba grab mana-mana seluar, blaus atau dress dengan garis menegak. Bukan apa, ia boleh beri ilusi anda tampak lebih tinggi. Siapa tak mahu kan.
#6 Tuck-in denim
Takut, malu dan rasa over? Lihat tiga wanita ini yang berjaya keluar dengan tuck-in, nampak kemas dan bersahaja.
#7 Colour block
Pakaian warna terang memang jadi musuh utama untuk mereka bersaiz besar. Katanya tak mahu nampak seperti lukisan bergerak tapi anda lah kanvas utama! Gabungan warna dan corak sesuai pada sesiapa sahaja dan sekaligus buat diri anda seorang yang stylish.
#8 Askar Hitam
Memang warna hitam, warna selamat untuk berfesyen tapi cuba tukar dengan gaya fabrik seperti jaket kulit atau rekaan yang belum pernah anda cuba. Tonjolkan bentuk badan anda dalam warna gelap ini, kalau cuma pakai t-shirt hitam sahaja tak cukuplah.
Berfesyen bukan hanya pada satu saiz tapi semua. Sentiasa kan upgrade diri anda dalam ilmu fesyen dan paling penting ketahui apa yang okay dan tidak.