27 Januari baru-baru ini, Mary Kay Malaysia melancarkan sebuah lagi cawangan pusat kecantikan mereka di Ipoh, Perak.
Kini tiada lagi masalah untuk pengguna Mary Kay di sekitar Ipoh bagi mendapatkan khidmat nasihat serta produk kosmetik dan penjagaan wajah jenama itu secara mudah!
Dengan pembukaan Mary Kay Beauty Centre ini, ia akan membuka peluang kepada para perunding kecantikan yang terlatih untuk menguruskan operasi perniagaan harian mereka dalam suasana yang lebih sistematik.
Konsep baharu yang diketengahkan ini dicipta khas untuk menawarkan pengalaman yang pelbagai bukan sahaja kepada para perunding kecantikan yang bertugas bahkan juga kepada pelanggan.
Dengan adanya fasiliti yang lengkap seperti bilik latihan, bilik mesyuarat, ruangan rangkaian penjagaan wajah serta kaunter informasi produk-produk terpilih, kualiti servis Mary Kay akan jadi lebih mesra untuk kegunaan dan kepentingan semua.
Sila layari [www.marykay.com.my/en-my] untuk keterangan lanjut atau lawat laman Facebook rasmi Mary Kay Malaysia di [www.facebook.com/MaryKay.com.my].