Tidak tahan atau memang sengaja? Inilah persoalan yang diajukan semua sebaik melihat rakaman CCTV mengejutkan yang tersebar meluas sejak hujung minggu lalu.
Berlaku di Chongqing, Selatan China, seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di dalam lif gara-gara membuat onar dengan membuang air kecil sesuka hati di penjuru fasiliti berkenaan.
Litar pintas berlaku sebaik air kencingnya yang umpamanya sengaja dipancut ke arah semua butang lif yang tersusun bersebelahan pintu lif sebelah kanan sebelum lampu tiba-tiba berkelip sehingga membuatkan pintu lif tersekat seterusnya membuatkan kanak-kanak itu terkurung buat beberapa ketika.
Walau bagaimanapun, kanak-kanak itu ada cuba menekan beberapa butang lif tetapi tetap tidak dapat menyelamatkan diri.
Tonton Rakaman CCTV Menunjukkan Kanak-Kanak Lelaki Kencing Di Dalam Lif
Menurut The Straits Times, kanak-kanak itu telah pun diselamatkan oleh pihak pengurusan bangunan tersebut dan disahkan tidak mengalamai sebarang kecederaan.
Rakaman insiden itu viral malah dikongsikan meluas sekitar China menerusi platform media sosial.