Ini bukan sembarangan punya kulit buku, ini jenis buku teks/sejarah yang kebiasaannya kulit agak tebal dan berkualiti.
Selalunya pereka fesyen menggunakan fabrik mahal seperti lace, organza, silk, shifon dan pelbagai lagi tetapi tidak pada pereka dari Perancis ini. Ideanya cukup mengagumkan bahkan berjaya mencuri perhatian penggiat fesyen.
Sylvie Facon mereka gaun daripada kulit buku teks lama. Berkat kebolehan luar biasa dimilikinya, dia bekerja dengan pereka kostum Morgane E. Grosdemange. Di situ, dia dapat melahirkan idea unik dalam mereka gaun dengan perincian yang cukup cermat.
Gaun ini diperbuat daripada kulit buku.
Dia hanya mengggunakan buku teks atau buku sejarah, dari jenis kulit keras dan berkualiti.
Tidak hanya menggunakan buku, gaun juga dijahit bersama fabrik kain bersesuaian.
Cantik sungguh! Tak tahu nak cakap apa…
Memang kreatif!