Nur Sajat, usahawan tersohor dan popular di lama Instagram kini jauh lebih berani memeterai program realiti tentang kehidupan peribadi dibawah platform online video penstriman di tonton.com
Berbekalan semangat kecekalan, Nur Sajat bukan sahaja usahawan dalam dunia kecantikan malah disusuli dengan pembukaan kedai emas dan mempunyai bangunan perniagaan sendiri.
Nur Sajat Rated Xtra mendalami kehidupan peribadi Nur Sajat dalam menangi liku cabaran perniagaan serta berkongsi tips kejayaan yang boleh diambil iktibar buat para penonton.
Setiap rakaman ialah 100% tanpa tapisan, sebaris ayat skrip tentang perjalanan harian seorang ahli perniagaan dalam menangani liku cabaran.
Antara paparan menarik lain, Nur Sajat turut berkongsi tips kecantikan serta fesyen menerusi penulisan blog secara mingguan di www.xtra.com.my sepanjang siaran Nur Sajat Rated Xtra di tonton.
Siri yang berkonsepkan vlog menyelami saat sedih, gembira jatuh bangun Nur Sajat dalam membina empayar beliau yang hanya dikongsi khas kepada penonton VIP tonton. Ikuti 2 episod penuh pertama secara percuma bermula 28 Februari, serta rantaian klip singkat 30 saat mingguan di xtra sehingga Mei 2018!
Nur Sajat Rated Xtra, bermula 28 Februari, Rabu 12 tengahari selama 30 episod (7 minit).