Ingat lagi tak, Wanista sebelum ini pernah mendedahkan negara China mengharamkan penyanyi rap dan selebriti bertatu. Kini lain pula, karakter kartun comel beruang kuning Winnie The Pooh pula menjadi mangsa.
Ini semua gara-gara kemaskini tentang kuasa Presiden Xi Jinping yang akan kekal sebagai presiden buat selama-lamanya.
BACA: Negara China Haram Penyanyi Rap Dan Selebriti Bertatu
Rakyat China agak berang dan melepaskan protes dengan menyebarkan memes Winnie The Pooh yang ditulis ‘find the love and stick with it’ dan ada juga yang diletakkan mahkota. Memes karakter Winnie The Pooh itu memang seiras dengan Presiden Xi dan ini bukan kali pertama rakyat China berbuat begitu.
Beberapa langkah dalaman politik yang berubah memberi peluang kepada Presiden Xi menjadi pemegang kuasa mutlak. Ada juga laporan mengatakan beliau kini bukan sahaja memegang kuasa parti malah tentera juga. Ini semua potensi untuk mengekalkan kepada satu pemerintah yang sudah lama tidak dilihat di China sejak Mao Zedong.
Protes dengan memuatnaik gambar Winnie The Pooh oleh rakyat nampaknya tidak berjaya kerana terdapat tindakan kerajaan yang mula menarik balik gambar tersebut.
Ada beberapa pengguna laman sosial Weibo juga menulis “China akan menjadi seperti Korea Utara’.