Setiap kali menempah tempat penginapan, pasti kita mempunyai permintaan – sebagai contoh, kalau menginap di pangsapuri, kita mahukan kelengkapan perkakas dapur, bantal, tuala dan pelbagai lagi. Semuanya masih boleh dilaksanakan tetapi permintaan pasangan yang satu ini memang tak masuk dek akal, sangat merepek sehingga membuatkan kita tertanya adakah mereka bergurau atau serius. Nak tahu apa yang mereka minta?
Pasangan (tidak diketahui asalnya) yang akan menginap di Marriott Tang Plaza Hotel, Singapura telah menghantar emel kepada pihak hotel untuk meminta mereka meletakkan gambar pelakon veteran Jeff Goldblum, 65, di sebelah katilnya. Apakah?
Dan hotel laksanakan permintaan pelik mereka. Walaupun kakitangan hotel tidak dapat menyediakan imej (gambar di bawah) yang seperti pasangan tersebut inginkan tetapi… pihak hotel sediakan lebih dari itu.
Pihak hotel telah meletakkan gambar imej aktor seksi itu di setiap sudut dalam ruang bilik hotel. Lihat!
Betul-betul di sudut masuk bilik.
Atas TV.
Bilik air juga.
Sarung bantal. OMG pasangan ni sangat creepy!
“Tetamu kami datang dari seluruh dunia, dan kami akan sentiasa melakukan yang terbaik bagi memenuhi permintaan mereka dan mencipta pengalaman yang hebat dan menarik. Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk tidak mengatakan tidak. Jika ia sesuatu yang tidak dapat kami temukan atau tidak dapat dilakukan, kami akan mencari alternatif lain,” jelas Daniel Burstein, Pengarah Operasi Hotel.
Wahhh! Lepas ni penulis pun nak minta hotel sediakan koleksi gambar BTS Jimin…. Rasanya boleh tak? Hehehe..