Tipu kalau ramai yang lebih suka menyapu berbanding menggunakan vakum.
Penggunaan vakum boleh menjadi obsesi kerana ia senang menyedut kotoran dan sampah dari apa sudut sekalipun. Lebih lagi sekarang banyak pula ciptaan teknologi dan rekaan vakum yang sampai atas siling pun boleh sedut.
Benar ia memudahkan dan mempercepatkan aktiviti tapi jangan ambil ringan tentang penjagaan barang elektronik ini. Kadang dapat ke tangan mereka yang pemalas, habis semua benda nak dibersihkan guna vakum juga. Ooppps!
Kalau nak pakai barang dalam jangka lama jadi jagalah dan praktiskan mengikut kegunaannya.
Wanista senaraikan beberapa barang atau benda yang anda tak boleh vakum.
#1 Makanan basah
Kalau terbuat tumpah gula atau garam, anda boleh guna sahaja vakum tapi kalau anda bersihkan makanan basah seperti sayuran atau buah-buahan. Senang cerita, apa jua makanan basah kerana ia boleh merosakkan motor vakum dan paling teruk vakum anda boleh berbau.
#2 Abu
Abu kayu bakar, abu rokok atau abu apa sahaja jangan sesekali bersihkan guna vakum. Partikel halus abu boleh keluar semula dari belakang vakum, jadi tak ada guna pun anda vakum.
#3 Duit syiling atau mainan kecil
Mungkin anda tak sengaja tapi seeloknya pastikan bawah perabot tidak mempunyai sebarang barang tersorok. Barangan kecil seperti duit syiling atau mainan kanak-kanak boleh merosakkan motor vakum atau mengoyakkan beg hampas.
#4 Cecair
Ada sesetengah orang pemalas tahap dewa agaknya sampai air pun dia nak vakum! Jaga-jaga ya kerana dari sikap malas tu anda boleh terkena renjatan elektrik.
#5 Pasir atau tanah
Pasir yang tertinggal dari penyedut vakum boleh melekat pada karpet jika anda guna semula. Manakala tanah yang basah pula boleh merosakkan motor vakum dan mengotorkan beg hampas.
#6 Helaian rambut
Jangan nak berangan vakum rambut yang gugur di lantai dengan vakum. Ia boleh bergumpal dan menyebabkan vakum tersumbat.
#7 Kaca
Kaca pecah terutamanya agak bahaya untuk disapu jadi ramai yang mengambil inisiatif dengan vakum tapi ia boleh merosakkannya kerana dari hujung yang tajam. Nasihat Wanista, kutip cebisan kaca yang besar dan selainnya sapu seperti biasa.
#8 Produk mekap
Bedak kompak, pembayang mata atau pemerah pipi yang pecah tidak boleh dibersihkan dengan vakum. Ia boleh mengotorkan vakum terutamanya jika anda vakum gincu.
Please jangan nak malas sangat ya!