Antara sedar dengan tidak, kita rupanya sudah mara ke tahun 2018!
Sememangnya, ramai wanita berazam untuk menurunkan berat badan, menjaga kecantikan wajah dan sebagainya tetapi sering kita lupa, fesyen bergerak mengikut zaman dan masih banyak yang kita belum tahu tentang tatatertib berfesyen.
Mungkin kerana jarang dibincangkan dan ramai di antara kita lebih gemar memakai “APA YANG ADA” sahaja, rata-ratanya sering ketinggalan dalam bab fesyen kan? Oleh yang demikian, jom penulis kongsikan info tentang trend kasut terkini yang seiring dengan ikutan fesyen 2018 agar anda sentiasa kelihatan bergaya tanpa dibelengu sifat ‘tangkap muat’.
8 Jenis Rekaan Kasut Mesti Ada 2018!
#1 But Tumit Tinggi Berbongkah
But bertumit bongkah ini tampak lebih elegan dan bergaya mewah berbanding dengan but jenis bertapak rata atau bertapak wedges.
To step up your fashion game, pergi dapatkan sepasang but yang mempunyai tumit tinggi tebal sebegini okay?!
#2 Tumit Tinggi Bermuncung Tirus
Katakan bye bye pada tumit tinggi bertutup yang memiliki tapak platform kerana, tahun 2018 adalah trend tumit tinggi bertutup dengan bahagian hadapan yang runcing.
Si pemakai akan kelihatan seksi sekaligus membawakan ciri sebagai seorang wanita feminin yang bukan calang-calang.
#3 Tumit Tinggi Sandal Rona Naked
Dahulunya sandal tumit tinggi jenisn gladiator yang menjadi ikutan tetapi untuk tahun 2018, pakai sahaja sandal tumit tinggi yang ringkas namun pilihlah yang berasaskan rona nude seperti tona kulit ini.
Kalau anda perasan, selebriti pun ramai pakai rekaan dan warna kasut macam ni sekarang!
#4 Kasut Sarung Klasik
Jika kasut yang dibeli mudah rosak, maka tidak berbaloi langsung untuk anda belanjakan sejumlah wang ke atas kasut berkenaan.
Melaburlah untuk kasut yang berkualiti dan akan tahan buat jangka waktu yang lama. Untuk itu, boleh pilih rekaan yang berpotongan klasik seperti loafers dan oxford.
#5 Sandal Sarung
Rasanya jika anda pergi mana-mana pun boleh nampak ramai fashionista gayakan sandal jenis sarung ni.
Boleh gayakan dengan pakaian santai bersahaja, gantikan selipar jepun korang dengan sandal sarung ni untuk nampak lebih umph dan gah!
#6 Kasut Dengan Potongan Leher V
Untuk wanita yang gemarkan gaya moden, kasut yang memiliki potongan leher V ni nampak eksentrik sangat!
Sesuai juga untuk gaya formal yang ranggi, apa kata tambah koleksi kasut 2018 korang dengan kasut rekaan ni. Why not try something new kan???
#7 Sneakers Polos
Nampaknya sneakers polos rona putih jadi antara sepatu hit untuk tahun ni!
#8 Mules!
Baik bertumit tinggi atau rata, rekaan mules yang merupakan kasut lapang di bahagian belakang ini adalah pilihan yang tepat.
Bukan je selesa dan mudah nak dipakai, tapi nampak cantik juga bila disarungkan kaki untuk dipadankan dengan pakaian kasual atau semi-formal.
Kesimpulannya, kasut-kasut tahun ni memang mengetengahkan konsep ringkas, minamalis tidak keterlaluan serta muduah dipakai.
Selamat mencuba! ❤