Sebelum ini, beberapa koleksi gambar Jun Ji Hyun ketika berusia 23 tahun tanpa sebarang solekan menjadi viral di media sosial malah bukti miliki kecantikan semula jadi yang langsung tidak berubah.
Jurugambar profesional Kim Tae Hwan memuat naik gambar aktres yang sudah 36 tahun ketika beliau 23 tahun menunjukkan bertapa Jun Ji Hyun tidak dimamah usia malah kekal remaja sehingga kini.
Baca: Muka Bangun Tidur Jun Ji Hyun Buat Jurugambar Terkejut, Ini Baru “Natural Beauty”
Agaknya apa rahsia Jun Ji Hyun nampak forever young sebegini? Bercakap pada Korea Bizwire, Jun Ji Hyun mendedahkan rahsia yang Wanista yakin ramai ingin tahu.
Wajah kekal bersih
Menurut Korea Bizwire, Jun Ji Hyun sangat teliti dalam pembersihan muka. Dia bermula dengan membasuh muka dengan air hangat untuk stim dan kemudian membilas menggunakan pembersih dengan air sejuk. Kunci untuk pembersihannya bukan dengan menggosok terlalu lama tetapi lebih kepada mengurut wajahnya perlahan-lahan secara mengetuk menggunakan jari.
Air dan tidur
Selain itu, pengambilan air yang mencukupi dan tidur malam yang baik juga penting untuk rutin kecantikannya. Dia memastikan dirinya sentiasa terhidrat sepanjang hari dengan meminum banyak air supaya kulit tetap lembap. Setiap malam sebelum tidur, dia berendam dalam bath tub (lower-body bathing), cara ini untuk membantu mendorong tidur.
Langsing dengan bersenam
Bila ditanya cara untuk kekal fit, Jun Ji Hyun mempunyai satu jawapan yang mudah: “Saya bersenam,” katanya. Dia makan apa sahaja yang dia mahu dan tidak benar-benar percaya dengan diet yang ketat, tetapi untuk mengimbanginya, dia berjoging dan yoga setiap hari untuk kekal langsing. Aktres ini juga merupakan morning person; dia bangun pada pukul enam pagi dan terus bersenam.
Tak susah cara Jun Ji Hyun ni!