Bersempena Hari Buah Pinggang Sedunia, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF), bakal menganjurkan sebuah acara hari terbuka pada 8 Mac 2018 di NKF, Berjaya Resource Centre yang berlangsung dari 9am hingga 4pm.
Antara program menarik adalah termasuk Tarian Kecergasan Bollywood yang dipimpin oleh Kirenjit Singh yang merupakan seorang pakar dalam seni tarian Bhangra. Sebelum ini, beliau adalah Pengurus Kecergasan di Celebrity Fitness.
Bukan itu sahaja, hari terbuka NKF juga bakal menganjurkan pemeriksaan kesihatan percuma bagi pengunjung untuk memantau kadar glukos dalam badan, kesihatan tekanan darah, kadar kolesterol dalam darah dan banyak lagi agar segala masalah kesihatan dapat dibendung serta-merta.
Ini kerana, menurut Nizam bin Yusof iaitu Pengurus Konsultansi di Medi Distika Sdn. Bhd, katanya adalah amat penting untuk seseorang menyedari perubahan pada tubuh atau diri bagi mengelak penyakit yang telah sedia ada menjadi lebih teruk dari masa ke masa. Mnegenal pasti tanda-tanda awal adalah kunci utama untuk kekal sihat.
Dalam masa yang sama, Dr. Nor Fadhila dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia akan memberi ceramah tentang topik “Suplemen, Wanita & Kesihatan Buah Pinggang” yang bakal mengetengahkan isu kaitan penyakit buah pinggang dengan pengamilan atau pengamalan meengambil makanan tambahan seperti vitamin atau ubat-ubatan kosmetik lain.
Untuk keteranngan lanjut, sila klik [www.nkf.org.my] atau lawat laman Facebook NKF di [www.facebook.com/nkfmy].