Sungai Citarum yang terletak di Indonesia merupakan sungai paling panjang dan terbesar di Barat Jawa.
Walaubagaimanpun sungai yang berukuran 300 kilometer itu hanya penuh dengan pencemaran dari pelbagai faktor.
Warna air sungai tersebut berwarna hitam seperti kopi akibat dari sampah dari kilang dan rumah yang berdekatan. Bayangkan sepanjangan laluan sungai itu hanya dipenuhi sampah semata-mata. Sehingga kini ia dilabel sebagai sungai paling tercemar dan sekaligus membahayakan kesihatan penduduk sekeliling.
Ekoran dari itu, pihak kerajaan Indonesia sedang memasang strategi untuk membersihkan sungai dan misinya ialah sungai ini dapat digunakan bersih pada 2025.
Hampir terdapat 2,000 kilang termasuk kilang tekstil yang kebanyakan membuang kotoran dan sisa toksik secara haram didalam sungai.
Sungai Citarum merupakan sungai terpenting kerana ia membekalkan air kepada 27.5 juta pengguna secara keseluruhannya di sebahagian Bandung, wilayah Barat Jawa dan Jakarta. Ia juga membekalkan 80% air pada ibu negara Jakarta dan menyalurkan kepada 420,000 hektar sawah padi.