Untuk kali yang keempat, sekali lagi jenama fesyen lagenda kegemaran ramai Tommy Hilfiger melancarkan koleksi kaca mata edisi istimewa bersempena musim bunga menerusi kolekis terbaharu Tommy x Gigi.
Rekaan kaca mata gah ini adalah hasil kolaborasi antara Tommy Hilfiger dengan supermodel jelita si Gigi Hadid untuk mengetengahkan bingkai yang lebih menawan sekaligus mampu digayakan dengan cara versatile dalam apa juga keadaan.
Bukan itu sahaja, koleksi kaca mata hitam Tommy x Gigi itu juga telah pun dipersembahkan sewaktu pertunjukan fesyen di Milan Fashion Week awal Februari lalu bahkan sudah mula dipasarkan menerusi laman sesawang rasmi tommy.com serta di beberapa cawangan butik Tommy Hilfiger terpilih seluruh dunia.
Menurut jenama itu, rekaan eksklusif ini adalah melambangkan kemajuan yang dikecapi Gigi dalam hidupnya lalu mengambil inspirasi daripada sukan permotoran GP dengan menerapkan gaya ranggi serta santai yang dapat dilihat dari sudut rekaan bingkai yang berbentuk kukuh sambil disertai lensa lebar berwarna.
Tonton Pertunjukan Fesyen Tommy Hillfiger Untuk Musim Bunga 2018
Terdapat dalam empat pilihan menarik dan setiap satunya turut dihiasi logo ikonik Tommy Hilfiger rona merah, putih dan biru pada bahagian batang kaca mata Tommy x Gigi.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [tommy.com/int/en/collections/tommyxgigi] atau lawat laman Facebook pengedar sah koleksi Tommy x Gigi, Safilo Group di [www.facebook.com/safilo].