Walaupun hidangan gulai panas boleh didapati di mana-mana sahaja, tidak ramai yang boleh menyediakan hidangan gulai yang asli. Apatah lagi resepi gulai panas yang asalnya dari utara tanah air.
Pak Jen Gulai Panas Langkawi yang terletak di Quill City Mall, Kuala Lumpur membawakan kepada anda gulai panas asli Utara. Ia diasaskan oleh dua anak muda berusia awal 20-an bertekad membawa masakan tradisional Melayu utara kepada warga kota metropolitan.
Selain sajian gulai panas, restoran ini juga cukup terkenal dengan itik golek dan daging dendeng.
Pada waktu tengahari, dari hari Isnin hingga Jumaat Pak Jen Gulai Panas Langkawi ada menyediakan hidangan nasi campur pelbagai. Terdapat kira-kira 20 lauk pauk pilihan nasi campur setiap hari dan hidangan yang disediakan silih bertukar ganti.
Chef di Pak Jen Gulai Panas Langkawi juga boleh menyediakan resepi Melayu menggunakan daging Wagyu. Lazimnya daging Wagyu ini biasa dinikmati di steakhouse tetapi jarang di restoran Melayu.
Selain itu, minuman dari restoran ini juga menarik dan istimewa iaitu Cenang Ais, Coke Tarik dan Laici Mojito.
Teringin untuk menikmati hidangan gulai panas asli Utara di tengah Kuala Lumpur?
Pak Jen Gulai Panas Langkawi
Lot 4.02, Tingkat 4, Quill City Mall
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Selamat mencuba!