Jenama sukan global PUMA sering mengetengahkan kempen untuk memperkasakan kebolehan individu serta personaliti keperibadian diri agar berani untuk menghadapi cabaran dunia.
Sejajar dengan kempen itu yang fokus kepada prinsip untuk memperkasakan wanita, bersempena sambutan hari Wanita Sedunia pada tanggal 8 Mac semalam, PUMA Malaysia dengan kerjasama New York City Ballet melangsungkan sebuah acara perkongsian motivasi serta kecergasan.
https://www.instagram.com/p/BgFLEBhAk-h/?hl=en&taken-by=wanistadotcom
Menampilkan tetamu udangan seperti penari ballet dari NYCB sendiri iaitu Unity Phelen. Meskipun baru berusia 24 tahun, anak gadis tinggi lampai ini boleh dilihat bahagia dalam dunianya sendiri. Kata Unity, “Saya telah menari ballet sejak berusia lima tahun. Ballet pada dasarnya bukanlah sesuatu yang mudah dan harus disertai semangat kuat serta usaha keras untuk sampai ke tahap ini.
Apabila disoal mengenai pengalamannya, “Saya langsung tidak menyangka yang saya bisa berjaya menjadi siapa saya hari ini. Pokoknya anda harus lakukan minat anda dengan penuh perasaan, berani dan tidak kekok menjadi diri sendiri”, tambahnya.
Sesi Latihan Kecergasan PUMA x NYC Ballet di Lincoln Center
https://www.youtube.com/watch?v=jrzVf7XTZL8&t=8s
PUMA bersama New York City Ballet kini berada dalam sebuah rangka lawatan ke serata negara Asia termasuklah Jepun, Malaysia, Singapura, Jakarta dan lain-lain.
Dalam masa yang sama, PUMA baru-baru ini mengeluarkan koleksi En Pointe yang menampilkan rekaan kolaborasi bersama para Ballerina dari New York City Ballet termasuklah helaian pakaian sukan, kasut sneakers satin, kasut latihan, baju dalam sports bra dan banyak lagi.
Setiap satunya dihiasi perincian feminin ala Ballerina bahkan palet warna untuk koleksi ini disertai rona putih gading, hitam dan merah jambu.
Untuk lihat koleki penuh En Pointe, sila klik [us.puma.com/en-pointe].